XM Memulakan Siri Seminar Forex Besar-Besaran Ke Seluruh Afrika

Disiarkn di 13/08/2019 12:17 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Dengan sukacitanya ingin kami maklumkan bahawa pada bulan September ini, XM akan memulakan siri seminar dagangan forex besar-besaran di 6 buah negara di benua Afrika.

Kami amat berbesar hati untuk menjemput pelanggan kami yang baru dan sedia ada ke siri seminar kami yang akan berlangsung antara 21 September dan 9 November, dengan tujuan untuk membawa dagangan forex lebih dekat kepada pelabur atas talian dengan pendidikan forex profesional secara langsung.

Negara-negara yang akan kami kunjungi adalah Mozambique, Uganda, Kenya, Tanzania, Ghana dan Ivory Coast, di mana kami berharap untuk menyambut kedatangan tetamu acara kami ke seminar yang bertajuk Indikator Teknikal, Oscillator dan Candlestick Jepun.

Disampaikan oleh Tradepedia, di setiap lokasi acara, seminar kami menyediakan panduan lengkap bagi menyediakan analisis teknikal untuk digunakan dengan baik apabila menilai kekuatan trend dan kualiti trend pasaran, menentukan bila untuk melabur dan instrumen kewangan yang mana serta menentukan bila untuk memasuki atau keluar dari pasaran dengan pendedahan risiko yang minimum.

Menawarkan penerangan yang jelas mengenai satu set alatan analisis teknikal di setiap bandar yang kami kunjungi, seminar kami banyak menawarkan kepada semua orang yang ingin memperoleh maklumat terkini dan bimbingan profesional.

Untuk penerangan lebih terperinci tentang topik seminar serta menempah tempat duduk anda secara percuma di bandar pilihan anda, sila klik sini.