Seminar XM mengenai Strategi Dagangan Dilaksanakan di Filipina

Disiarkn di 25/10/2019 12:13 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Bagi semua yang berminat dengan dagangan forex dan berazam untuk mengumpul pengetahuan baru mengenai strategi dagangan, XM telah menganjurkan seminar di Filipina antara 14 September dan 12 Oktober yang lalu.

Tiga bandar yang kami kunjungi adalah Davao, Bacolod dan Bandar General Santos, di mana instruktor profesional dan pelabur berpengalaman Jonathan Lou Reyes telah menyampaikan taklimat berharga mengenai dagangan menggunakan indikator Moving Average Ribbon.

Di setiap lokasi acara, seminar ini menawarkan para peserta peluang untuk mendalami topik analisis teknikal dan penggunaan moving average secara khusus dalam mengenal pasti peluang dagangan untuk pelbagai instrumen.

Lanjutan kepada penggunaan moving average, penonton acara kami berpeluang untuk memperoleh maklumat mengenai Moving Average Ribbon yang terbukti sangat berguna dalam dagangan harian dan dagangan jangka panjang. Dengan contoh yang mudah difahami, Jonathan Lou Reyes menunjukkan beberapa senario dagangan yang berbeza kepada tetamu acara dengan menekankan kepentingan teknik pengurusan risiko.

Akhir sekali, seminar ini memberikan kami kesempatan untuk berhubung semula dengan pelanggan kami secara langsung untuk berkongsi pengalaman berharga di Davao, Bacolod dan Bandar General Santos.