Akan Datang: Seminar Percuma XM mengenai Analisis Teknikal di Pakistan

Disiarkn di 09/05/2019 08:48 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Untuk pertama kalinya pada 22 Jun, XM akan menganjurkan seminar dan bengkel dagangan forex di bandar kedua terbesar di Pakistan, iaitu di Lahore untuk menyediakan pendidikan percuma kepada pelabur runcit yang mahukan peluang untuk memperbaiki kemahiran dagangan atas talian mereka dengan bimbingan profesional.

Diadakan di Pearl Continental Hotel Lahore, seminar ini terbuka secara percuma untuk pelanggan baru dan sedia ada XM di mana wakil syarikat kami berharap untuk menyambut kedatangan anda di sana. Topik Dagangan Forex dengan Candlestick Pertukaran dan Avramis River akan disampaikan oleh instruktor forex Sajid Khan Ghori, yang mempunyai pengalaman yang luas dalam dagangan forex dan mendidik pedagang.

Oleh kerana candlestick Jepun tergolong sebagai alat analisis teknikal yang paling efisyen dan paling banyak digunakan oleh pelabur atas talian, penyampaian Sajid Khan Ghori akan memberi tumpuan tentang bagaimana semua ini dapat digunakan untuk meramal arah harga dan mengukur momentum pasaran dalam dagangan intraday. Selain itu, beliau juga menunjukkan penggunaan satu siri indikator teknikal termasuk indikator Avramis River yang mana boleh digunakan untuk mengenal pasti pasaran mendatar dan instrumen kewangan yang mempunyai trend yang kukuh.

Untuk membaca lebih lanjut mengenai seminar yang akan datang dan menempah tempat duduk secara percuma, sila klik sini.