Seminar XM mengenai Indikator Teknikal Berjaya Diselesaikan di Thailand

Disiarkn di 01/08/2019 09:10 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Jelajah seminar forex besar-besaran XM telah berlangsung di Asia Tenggara sejak awal tahun ini menjangkau lebih ramai pedagang yang mencari untuk mempelajari pendidikan forex profesional.

Kedua-dua lokasi seminar terbaru ini adalah Bangkok pada 13 Julai dan bandar Chiang Mai pada 27 Julai, di mana sejumlah besar pelabur atas talian menghadiri ceramah oleh instruktor yang diiktiraf iaitu Sompop Jittrakul mengenai cara untuk menerapkan indikator Ichimoku dan Avramis River dalam dagangan forex.

Sesi pagi dan petang penyampaian seminar ini merangkumi semua aspek analisis teknikal yang relevan dengan penekanan kepada bagaimana indikator tertentu boleh digunakan untuk menganalisis pergerakan ke atas dan ke bawah, menilai kekuatan aliran pasaran dan dinamik harga.

Kedua-dua acara pendidikan ini bertujuan untuk memberikan tetamu kami secara mendalam tentang bagaimana indikator bekerja dan sejauh mana ianya dapat membantu pedagang atas talian untuk membuat penilaian yang baik apabila cuba mengenal pasti kemungkinan titik entri dan keluar.

Kami ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan baru dan sedia ada kami yang telah mengambil bahagian pada seminar kami di Bangkok dan Chiang Mai, dan pada masa yang sama kami ingin menjemput semua yang telah terlepas peluang menghadiri seminar-seminar ini untuk bertemu kami di lokasi seminar XM yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang seminar kami yang akan datang di Thailand dan mendaftar secara percuma, sila klik sini.