XM Berkunjung ke Costa Rica, Ecuador dan Argentina dengan Seminar Forex

Disiarkn di 04/12/2019 10:04 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan November ini, XM telah berkunjung ke tiga negara Amerika Latin (Costa Rica, Ecuador dan Argentina) untuk membawakan pendidikan dagangan forex kepada pelabur atas talian yang berminat untuk membangunkan kemahiran dagangan mereka dengan bimbingan praktikal jika diperlukan.

Walaupun ini bukan pertama kali, kami telah mengunjungi semula San José, Quito dan Buenos Aires dengan keseronokan yang sama seperti biasa dan menjangkakan untuk berhubung semula dengan para pelanggan kami secara peribadi.

Instruktor Forex bagi negara Amerika Latin, Felipe Erazo, telah menyampaikan tajuk mengenai Pengenalan kepada Indikator Avramis River kepada tetamu acara kami di setiap tiga bandar yang telah dikunjungi dengan memperkenalkan kepada para penonton beberapa alat analisis teknikal paling berkesan yang digunakan untuk menganalisis data pasaran dengan tepat.

Selain daripada Indikator Avramis River yang dapat membantu para pedagang dengan mudah mengenal pasti pasaran mendatar serta menentukan paras sokongan & rintangan dan mencari aliran yang berkualiti tinggi, Felipe Erazo juga menunjukkan penggunaan corak pertukaran candlestick dan menggariskan bagaimana ini semua boleh menghasilkan isyarat entri dan keluar.

Kami ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua pedagang tempatan yang telah menghadiri seminar XM di San José, Quito dan Buenos Aires.