XM Berkunjung ke Tunis dengan Seminar Analisis Teknikal Forex

Disiarkn di 05/11/2019 08:28 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 26 Oktober yang lalu, wakil syarikat kami yang berdedikasi telah kembali ke Afrika Utara untuk mengalu-alukan pelanggan baru dan sedia ada XM ke acara pendidikan yang dikhususkan untuk analisis teknikal dalam dagangan atas talian.

Kami berbesar hati kerana berpeluang merasai layanan istimewa oleh penduduk tempatan di Tunis dan bukan itu sahaja, kami juga berpeluang untuk memberikan peluang kepada para pelabur tempatan untuk menghadiri seminar forex percuma yang disampaikan oleh Instruktor Analisis Teknikal Tradepedia LLC, Nizar Chaibi.

Dianjurkan di premis Hotel Golden Tulip El Mechtel di ibu kota Tunisia, seminar yang bertajuk Berdagang dengan Corak Pertukaran dan Avramis River memperoleh kehadiran sejumlah besar pelabur atas talian yang berminat untuk meluaskan pengetahuan mereka mengenai analisis teknikal.

Kami merasa senang hati kerana dapat menawarkan tetamu acara kami peluang untuk memperoleh maklumat praktikal mengenai indikator mengikuti aliran dan corak pertukaran candlestick bersama-sama dengan maklumat yang berkaitan mengenai mengapa analisis teknikal memainkan peranan yang penting dalam dagangan atas talian. Garis panduan yang penting oleh Nizar Chaibi mengenai bagaimana untuk menggabungkan alat analisis teknikal ke dalam strategi dagangan individu serta bagaimana untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih baik dengan teknik pengurusan risiko telah diraih oleh semua yang hadir dengan penuh minat.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu acara kami kerana telah mengambil bahagian dalam seminar XM dan kami berharap mereka dapat menerapkan semua butiran yang telah dipelajari untuk digunakan dalam amalan dagangan mereka.