XM Menyambut Pedagang ke Seminar Forex di Panama dan Peru

Disiarkn di 30/10/2019 08:50 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Dua lokasi seminar forex terbaru yang XM kunjungi dengan mengalu-alukan kehadiran pelanggan dari Amerika Latin adalah Kota Panama pada 12 Oktober dan Lima pada 19 Oktober.

Bagaimana mencari instrumen yang berada dalam aliran yang kuat untuk melabur? Bagaimana untuk mencari tahap sokongan dan rintangan dengan mudah? Bagaimana untuk mengenal pasti kunci titik perubahan sebelum membuat keputusan dalam pelaburan? Ini adalah antara soalan-soalan utama yang diketengahkan oleh instruktor forex kami, Felipe Erazo ketika menyampaikan taklimatnya di setiap bandar yang kami kunjungi.

Seminar yang bertajuk Pengenalan kepada Indikator Avramis River merangkumi butiran yang sangat relevan yang berkaitan dengan analisis kekuatan aliran yang penting bagi pelabur atas talian kerana ia dapat memberikan mereka kelebihan utama untuk mencari aliran yang paling kuat untuk berdagang dan mengelak pasaran dalam keadaan yang mendatar.

Tetamu acara kami juga diperkenalkan kepada penggunaan beberapa indikator teknikal utama termasuk Avramis River, yang membantu para pedagang menguasai dan mentafsir maklumat pasaran yang relevan dengan betul. Tambahan pula, untuk menunjukkan teknik analisis teknikal yang lebih baik, Felipe Erazo telah menerangkan bagaimana untuk menggabungkan indikator Avramis River dengan corak carta candlestick Jepun untuk melaksanakan isyarat beli dan jual dengan lebih keuntungan dan risiko yang lebih kecil.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah menghadiri seminar kami di Kota Panama dan Lima, serta kami akan meneruskan lagi perjalanan ke bandar-bandar di Amerika Latin dengan menjemput para pendagang tempatan untuk menyertai seminar kami yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini.

Untuk butiran lanjut dan mendaftar ke seminar pilihan anda secara percuma, sila klik sini.