XM Mengalu-alukan Pelanggan ke Seminar Forex di Ho Chi Minh dan Hanoi

Disiarkn di 03/07/2019 08:47 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan Jun yang lalu, XM telah membawakan pendidikan forex lebih dekat daripada sebelumnya kepada pelanggan di Vietnam dengan menganjurkan seminar percuma di Ho Chi Minh dan Hanoi.

Diadakan di Bandar Raya Ho Chi Minh pada 22 Jun dan kemudian di Hanoi pada 29 hari bulan pada bulan yang sama, seminar yang bertajuk Pengenalan kepada Candlestick Jepun dan Avramis River disampaikan secara bersama Instruktor Forex XM Vietnam, Nguyen Ton Thai Hoang dan CEO Tradepedia, Avramis Despotis.

Di setiap lokasi seminar, wakil syarikat kami dengan senang hati mengalu-alukan kedatangan sejumlah besar pelanggan baru dan sedia ada yang telah memilih untuk menyertai seminar ini dengan harapan dapat memperoleh maklumat yang baru tentang analisis teknikal dalam dagangan forex.

Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pengetahuan praktikal, semua teori yang disampaikan juga ditunjukkan melalui contoh dagangan sebenar untuk membantu peserta seminar memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana carta candlestick Jepun boleh digunakan untuk mentafsir pasaran menaik dan menurun, bersama-sama dengan tindakan harga. Di samping itu, semua peserta seminar kami diperkenalkan dengan indikator Avramis River yang dibangunkan oleh Tradepedia, yang dapat membantu pelabur atas talian dengan mudah untuk menentukan tahap sokongan dan rintangan serta isyarat trend berkualiti tinggi.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian dalam seminar kami di setiap bandar, sorotan seminar dapat dilihat dalam foto-foto yang telah diambil ketika seminar berlangsung.