XM Memenangi Dua Anugerah bagi Pencapaian Global daripada The European

Disiarkn di 17/06/2020 08:06 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Kami dengan bangga mengumumkan bahawa XM telah dianugerahkan sebagai Broker Dagangan FX & CFD Atas Talian Terbaik – Global dan Khidmat Pelanggan Terbaik – Global oleh Global Business Awards 2020.

Dicalonkan dalam setiap kategori melalui undian atas talian oleh pembaca antarabangsa The European, majalah Global Business Awards 2020 memperakui XM atas perkhidmatan kelas tertinggi yang disediakan kepada pelanggan di seluruh dunia.

Kedua-dua anugerah yang telah diterima mencerminkan usaha berterusan kami untuk menyediakan pelanggan dari segenap pelusuk duna dengan integriti perniagaan yang sama dan membekalkan mereka dengan pelbagai produk kewangan yang bersesuaian dengan matlamat pelaburan mereka serta memastikan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.

Mengenai Global Business Awards

The European merupakan majalah Britiain yang diterbitkan setiap suku tahunan yang meliputi lingkungan luas dalam urusan perniagaan global termasuk perbankan dan kewangan. Global Business Awards secara tahunan mengiktiraf organisasi dan individu yang menonjol berdasarkan semangat inovatif dan pencapian perniagaan terbesar yang terbukti dalam industri mereka.