Biografi

Zulle Razak

Zulkifli Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Zulle Razak merupakan seorang pedagang sepenuh masa dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam pasaran kewangan untuk dagangan forex, ekuiti dan lain-lain derivatif kewangan.

Zulle merupakan pengasas Confluence Technique Academy yang memberikan program mentor kepada lebih 200 pedagang seantero Malaysia dan Brunei. Program mentor ini memberikan penekanan khusus pada 4 kemahiran dagangan yang utama; Analisis Fundamental, Analisis Teknikal, Pengurusan Risiko & Psikologi Dagangan di mana pedagang akan dibimbing dalam membentuk proses dagangan mereka yang tersendiri.

Pendidikan buat pedagang menjadi fokus utama beliau sejak 5 tahun ini di mana Zulle berganding bahu dengan pengurus dana dari United Kingdom dan Australia dalam beberapa program pembangunan pedagang. Di Malaysia, Zulle sering menyampaikan seminar, kelas dan program-program latihan. Zulle Razak memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Marquette, Milwaukee USA dan terlibat dalam dunia perniagaan selama hampir 20 tahun.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.