Indeks Ekuiti

Dagang Forex, Logam Berharga, Indeks Ekuiti dari 1 Akaun.
Pilih daripada 16 Platform Dagangan untuk mana-mana peranti.

Indeks Ekuiti - Spread / Kedudukan

* Kadar Swap dikira berdasarkan kadar antara bank melibatkan Matawang Indeks. Kedudukan belian berikut dikenakan dengan kadar antara bank berkenaan ditambah dengan tanda kedudukan jualan dan kadar penolakan. Operasi dijalankan pada 00:00 (Yon masa GMT+2, DST digunakan) dan dari hari Rabu hingga Khamis swap dicaj selama tiga hari

** Tahap minimum untuk meletakkan Stop Loss dan Take Profit daripada harga pasaran semasa.

Margin yang diperlukan untuk CFD dikira begini : Lot * Saiz Kontrak * Harga Buka * Peratusan Margin dan tidak mengambil kira leverage akaun dagangan anda.

Margin CFD sewaktu perlindungan nilai adalah 50%.

Tarikh adalah indikatif dan tertakluk kepada perubahan.

Indeks Tunai pada Pelarasan Dividen (tidak termasuk GER30)

CFD pada Indeks tunai tertakluk kepada pelarasan dividen. Apabila ahli konstituen indeks membayar Dividen kepada para pemegang saham, pelarasan dividen akan dibuat ke akaun klien yang memegang kedudukan indeks 00:00 (Yon masa GMT+2, DST digunakan) pada Tarikh ex-Dividen. CFD pada Germany30 (GER30Cash) tidak tertakluk kepada pelarasan dividen. CFD pada indeks Niaga Hadapan juga tidak tertakluk kepada pelarasan dividen.

Niaga belian akan menerima amaun yang dikira seperti berikut:

Pelarasan dividen = Indeks Dividen diisytiharkan x saiz kedudukan pada Lot

Niaga jualan akan dikenakan amaun seperti berikut:

Pelarasan dividen = Indeks Dividen diisytiharkan x saiz kedudukan pada Lot

Indeks Dividen

Simbol ini menunjukkan hanya simbol (instrumen) dijangka akan dibayar dividen minggu ini. Angka-angka dividen mewakili jangkaan penyedia-penyedia kecairan kami dan ianya tertakluk kepada perubahan.

Tentang Dagangan Indeks Ekuiti

Indeks ekuiti atau lebih dikenali sebagai indeks saham merupakan indeks pasaran saham sebenar yang mengukur nilai bahagian tertentu dalam pasaran saham. Ia dikira berdasarkan pemberat purata harga saham terpilih yang tergolong dalam kategori yang diwakili olehnya. Indeks saham boleh mewakili pasaran saham yang spesifik seperti NASDAQ atau ia juga boleh mewakili satu set tertentu syarikat-syarikat gergasi sesebuah negara seperti S&P 500 Amerika Syarikat, FTSE 100 Britain, atau Nikkei 225 Jepun.

Tujuan indeks adalah untuk menunjukkan arah umum pasaran saham tersebut atau keadaan ekonomi sesebuah negara. Walaubagaimanapun, memandangkan indeks saham terdiri daripada kelompok syarikat, ianya boleh dipengaruhi oleh pergerakan yang besar dari sesebuah syarikat atau pergerakan yang besar dalam sesebuah sektor dagangan.

Nilai pemberat yang diberi pada kelompok saham untuk indeks saham berbeza di antara indeks-indeks yang ada, dan ini bermaksud tidak kesemua indeks menggunakan kriteria yang sama untuk mendapatkan hasil akhir. Dua cara utama mengira nilai pemberat sesebuah saham di dalam indeks ialah pemberat harga dan pemberat permodalan.

Anda boleh melihat kategori beberapa indeks popular seperti di bawah:

  • 1. Dow Jones (US30) dan Nikkei 225 (Japan225) ialah indeks pemberat harga.
  • 2. FTSE 100 (UK 100), ASX200 (Australia 200), Hang Seng Index (Hong Kong 50), DAX (Germany 30), CAC 40 (France 40) dan IBEX35 (Spain 35) adalah beberapa indeks saham utama yang dikira berdasarkan pemberat pemodalan.

Indeks Ekuiti - Siapakah Mereka?

S&P 500 (US500): Indeks pasaran saham S&P500 (US500) telah diperkenalkan oleh syarikat perkhidmatan kewangan Amerika Syarikat Standard & Poor’s Financial Services LLC pada tahun 1957. Ia merupakan petunjuk utama ekuiti AS dan salah satu penanda aras yang kerap digunakan untuk pasaran saham AS secara keseluruhannya dan ia meliputi 75% pasaran ekuiti Amerika Syarikat dalam permodalan.

ASX200 (Australia200): Indeks ASX 200 (AUS200) ialah indeks pasaran saham berdasarkan pemberat permodalan pasaran yang tersenarai di Bursa Sekuriti Australia yang tergolong dalam 15 bursa utama dunia dengan purata pendapatan harian sebanyak $4.685 billion. Indeks ini terdiri daripada saham-saham yang tersenarai secara ekslusif di Bursa Saham Australia.

Nikkei 225 (JP225): Indeks Nikkei 225 (JP225) atau lebih dikenali sebagai Nikkei adalah indeks saham Bursa Saham Tokyo, bursa saham ketiga terbesar dunia dengan permodalan pasaran sebanyak US$4.09 trillion.

HSI (HK50): Indeks Hang Seng HSI (HK50) ialah indeks pasaran saham berdasarkan pemberat permodalan yang telah digunakan sejak tahun 1969 untuk merekodkan pertukaran harian 50 syarikat terbesar di bursa saham kedua terbesar Asia (dan keenam terbesar di dunia), Pasaran Saham Hong Kong (HKEx).

FTSE 100 (UK100): Indeks saham FTSE 100 (UK100) bermaksud Indeks 100 Bursa Saham Financial Times yang mewakili 100 syarikat permodalan terbesar yang tersenarai di Bursa Saham London.

NASDAQ 100 (US100): Indeks utama NASDAQ ialah NASDAQ Komposit dengan subset NASDAQ 100 (US100) yang terdiri daripada 107 ekuiti sekuriti yang dikeluarkan oleh 107 syarikat bukan kewangan terbesar yang tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.

DJIA (US30): DJIA (US30), indeks pasaran saham kedua tertua di Amerika Syarikat selepas Indeks Pengangkutan Dow Jones. menunjukkan prestasi 30 syarikat utama Amerika ketika sesi dagangan biasa pasaran saham. Ia dikira menggunakan Pembahagi DJIA dengan membahagikan jumlah harga keseluruhan 30 saham yang diwakili olehnya.

DAX (GER30): DAX (GER30) yang bermaksud Deutscher Aktienindex merupakan indeks pasaran saham Jerman yang mewakili 30 syarikat utama yang berdagang di Bursa Saham Frankfurt. Ia dianggap sebagai indeks blue chip dari segi kualiti dan keuntungan.

CAC 40 (FRA40): Indeks pasaran saham utama Perancis CAC 40 (FRA40) bermaksud Cotation Assistée en Continu dan ia mewakili 40 nilai tertinggi dari 100 syarikat permodalan terbesar yang didagangkan di pasaran sekuriti Perancis Euronext Paris, bursa kedua terbesar di Eropah.

Apa itu Indeks Ekuiti (Indeks Saham)?

Indeks ekuiti atau indeks saham secara mudahnya adalah indeks yang mewakili harga keseluruhan kelompok saham yang ada.

Indeks ekuiti utama (indeks saham dunia) termasuk dan tidak terhad sebagaimana berikut:

  • 1. S&P 500
  • 2. Dow Jones
  • 3. Nasdaq
  • 4. FTSE100
  • 5. Nikkei225
  • 6. DAX
  • 7. CAC40
  • 8. Euro Stoxx 50
  • 9. ASX200

Indeks saham dalam kebanyakan kes mewakili gambaran keseluruhan pasaran saham dalam kelompok tertentu. Kebiasaannya kelompok saham dalam indeks saham merupakan syarikat-syarikat yang paling berpengaruh (memiliki modal kukuh).

Bagaimanakah Dagangan Indeks Ekuiti Berfungsi?

Dalam dagangan harian, harga saham setiap syarikat akan naik dan turun. Memandangkan indeks saham adalah gabungan kelompok saham, harga semasa akan bergerak naik dan turun berdasarkan dinamik keseluruhan (formula matematik dan statistik) di mana setiap harga saham-saham menyumbang kepada harga akhir.

Berikut adalah perkara penting yang perlu difahami apabila berdagang indeks ekuiti:

  • 1. Semua saham di dalam indeks ekuiti spesifik (s.c. Dow Jones) bergantung kepada proses pemilihan dan boleh digantikan dengan syarikat lain sekiranya prestasi dagangan keseluruhan syarikat tidak setanding dengan syarikat lain. Dalam erti kata lain, kedudukan syarikat di dalam kelompok tidak dijamin sentiasa kekal.
  • 2. Penentuan pengaruh sesuatu saham kepada indeks saham keseluruhan ditentukan melalui peraturan dan pengiraan. Bukan semua saham di dalam kelompok tersebut dianggap sama rata. Secara mudahnya, harga keseluruhan indeks saham bukan sekadar penjumlahan harga-harga saham yang dibahagikan dengan bilangan saham yang ada.
  • 3. Indeks saham menunjukkan konsensus umum dan boleh dianggap sebagai penanda aras untuk prestasi keseluruhan pasaran saham dengan angka yang direkodkan.
  • 4. Lanjutan daripada poin no 2, memandangkan semua saham di dalam kelompok tidak dibahagikan sama rata, keutamaan diberikan pada indeks dari syarikat yang memiliki modal yang lebih kukuh. Ini bermakna sekiranya saham sebuah syarikat gergasi merudum atas apa-apa sebab, indeks keseluruhan akan turut terjejas walaupun saham-saham lain di dalam kelompok tersebut tidak jatuh.
  • 5. Lanjutan daripada poin no 1, saham-saham yang berada dalam kelompok yang disebut sebagai indeks sentiasa berubah. Berdasarkan rekod sebelum ini, indeks tidak semestinya mewakili kelompok saham yang sama.

Polisi Cookie: XM.COM menggunakan cookie, dan terus menggunakan laman web ini bermakna anda bersetuju dengannya. Untuk maklumat lanjut sila baca Pendedahan Cookie.