Logam Berharga

7 Kelas Aset - 16 Platform Dagangan - Lebih 300 Instrumen
Dagang Forex, Saham Individu, Komoditi, Logam Berharga, Tenaga, Indeks Ekuiti dan Mata Wang Crypto di XM.

Logam Berharga - Spread / Kedudukan

Spot Instrumen Logam

Matawang Turun naik
Harga Minimum
Spread
Serendah***
Spread Purata*** Nilai Swap Belian
(Poin)**
Nilai Swap Jualan
(Poin)**
Nilai 1 lot Tahap Had dan Henti***
GOLD 0.01 0.4 0.43 -10.14 -0.42 100 oz 1
SILVER 0.001 0.037 0.048 -4.54 -3.14 5000 oz 0.14
Matawang Turun naik
Harga Minimum
Spread
Serendah***
Spread Purata*** Nilai Swap Belian
(Poin)**
Nilai Swap Jualan
(Poin)**
Nilai 1 lot Tahap Had dan Henti***
GOLDmicro 0.01 0.4 0.43 -10.14 -0.42 1 oz 1
SILVERmicro 0.001 0.037 0.048 -4.54 -3.14 50 oz 0.14
Matawang Turun naik
Harga Minimum
Spread Purata*** Nilai Swap Belian
(Poin)**
Nilai Swap Jualan
(Poin)**
Nilai 1 lot Tahap Had dan Henti***
SILVER. 0.001 0.035 -4.54 -3.14 5000 oz 0.14
GOLD. 0.01 0.21 -10.14 -0.42 100 oz 1

Margin yang diperlukan untuk Emas dan Perak dikira begini: Lot * Saiz Kontrak * Harga / Leverage.

WAKTU DAGANGAN EMAS & PERAK
(Yon masa GMT+2, DST digunakan)

Isnin – Khamis: 01:05 – 23:55
Jumaat: 01:05 – 23:50

Logam lain

Simbol Penerangan Turun naik
Harga Minimum
Nilai Turun Naik Harga Minimum Spread
Serendah
Nilai 1 lot Saiz Dagangan Min./Max. Peratusan Margin Tahap Had dan Henti***
PALL Palladium 0.10000 USD 1 4 10 Troy ounces 1/100 4.5 % 10
PLAT Platinum 0.10000 USD 1 3 10 Troy ounces 1/100 4.5 % 8
Simbol Penerangan Waktu Pelayan Hari Biasa Isnin Dibuka Jumaat Ditutup
PALL Palladium GMT +3 01:05-23:55 01:05 23:10
PLAT Platinum GMT +3 01:05-23:55 01:05 22:10
Instrumen Status Feb
17
Mar
17
Apr
17
May
17
Jun
17
Jul
17
Aug
17
Sep
17
Oct
17
Nov
17
Dec
17
Jan
18
Palladium
(PALL)
Dibuka 28/11/16 24/02/17 29/05/17 29/08/17
Palladium
(PALL)
Hanya Ditutup 24/02/17 29/05/17 29/08/17
Palladium
(PALL)
Tamat tempoh 27/02/17 30/05/17 30/08/17
Platinum
(PLAT)
Dibuka 28/12/16 29/03/17 28/06/17 27/09/17
Platinum
(PLAT)
Hanya Ditutup 29/03/17 28/06/17 27/09/17
Platinum
(PLAT)
Tamat tempoh 30/03/17 29/06/17 28/09/17

* Tahap minimum untuk meletakkan Stop Loss dan Take Profit daripada harga pasaran semasa.

** Jika anda meninggalkan kedudukan terbuka untuk dagangan seterusnya, anda membayar atau, mendapat jumlah tertentu yang dikira berdasarkan perbezaan kadar faedah daripada dua matawang dalam padanan matawang. Operasi ini disebut "swap." Dalam terminal dagangan, "swap" secara automatik diubah kepadamata wang deposit. Operasi dijalankan pada 00.00 (Yon masa GMT+2, DST digunakan) dan mengambil masa beberapa minit. Dari Rabu hingga Khamis swap dicaj selama tiga hari.

*** Spread purata ditunjukkan dikira sepanjang hari. Ia cenderung menjadi lebih sempit di bawah kedudukan pasaran normal. Walau bagaimanapun, spread boleh meluas berikutan pengumuman berita penting, masalah politik, kejadian tidak diduga yang membawa kepada kedudukan pasaran tidak menentu atau hari terakhir berniaga dan pada hujung minggu apabila ketelusan lebih rendah. Apabila anda berdagang dengan kami Trading Point berpihak dengan anda. Dagangan anda dipadankan dan sebarang pendedahan yang akan datang telah dilindungi oleh bank rakan kongsi kami (pembekal kami) pada spread pasaran semasa. Walau bagaimanapun, dalam kedudukan pasaran yang tidak menentu dan pembekal ketelusan kami menyediakan sebutan lebih besar daripada spread biasa. Ketika itu Trading Point terpaksa memindahkan sebahagian daripada kenaikan spread kepada pelanggan.

Margin yang diperlukan untuk CFD dikira begini : Lot * Saiz Kontrak * Harga Buka * Peratusan Margin dan tidak mengambil kira leverage akaun dagangan anda.

Margin CFD sewaktu perlindungan nilai adalah 50%.

Tarikh adalah indikatif dan tertakluk kepada perubahan.

Dagangan Emas dan Pasaran Logam Berharga

Dagangan Emas dan logam berharga lain, termasuk juga minyak mentah, kuprum dan petroleum adalah komoditi semulajadi yang memainkan peranan penting dalam pasaran komoditi dan merupakan barang dagangan berkontrak. Kontrak berasaskan logam berharga terdiri daripada niaga hadapan, harga spot, hadapan dan opsyen.

Perantara yang membolehkan kontrak niaga hadapan dilakukan adalah bursa niaga hadapan atau pasaran komoditi. Pelabur di seluruh dunia boleh mengakses kira-kira 50 pasaran komoditi utama dengan logam berharga seperti emas, perak, platinum dan palladium sebagai aset dagangan utama disebabkan oleh ketahanan dan nilai ekonominya yang tinggi. Jika Asia merupakan pasaran logam berharga terbesar dunia (China, India dan Singapura sebagai pengguna tertinggi komoditi ini), pasaran komoditi pula dikuasai oleh syarikat Amerika dan Eropah dengan syarikat logam berharga terbesar yang berpusat di Jerman dan Kanada.

Pasaran bursa niaga hadapan dimana selain daripada mata wang, indeks saham, emas dan lain-lain logam berharga turut aktif didagangkan, ia dibuka 24 jam sehari kecuali pada hari minggu. Secara umumnya, logam berharga dibeli menggunakan dua kaedah utama: kontrak spot dan kontrak niaga hadapan. Jika kontrak spot melibatkan jual beli fizikal komoditi untuk bayaran dan penghantaran pada tarikh spot (kebiasaannya dua hari bekerja selepas tarikh transaksi), niaga hadapan adalah kontrak yang diseragamkan, dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak untuk membeli atau menjual logam berharga pada kuantiti dan kualiti yang spesifik dengan harga yang dipersetujui (disebut sebagai harga hadapan) dengan pembayaran dan penghantaran pada tarikh yang akan datang (disebut sebagai tarikh penghantaran). Pembelian dan penjualan niaga hadapan berlaku tanpa pemilikan fizikal sebenar komoditi yang didagangkan dan dilakukan melalui dagangan atas talian.

Dagangan Emas dan Logam Berharga

Logam berharga yag kerap didagangkan adalah emas, platinum, palladium dan perak. Jumlah dagangan yang tinggi untuk komoditi-komoditi ini disebabkan oleh nilai intrinsik yang berkekalan tanpa mengira keadaan ekonomi. Kecenderungan untuk pembelian atas talian dan juga pemilikan fizikal untuk logam berharga sebagai pelaburan jangka panjang meningkat dengan banyak dalam beberapa dekad ini. Dagangan logam berharga juga memberikan peluang buat yang berminat dalam pelaburan jangka pendek memandangkan derivatif dan kontrak dagangan bursa hanya memerlukan modal yang lebih rendah serta lebih mudah untuk mendapatkan posisi dari pergerakan harganya.

Tidak seperti kebanyakan komoditi yang sangat bergantung pada tahap pengeluaran dan penggunaan, harga dagangan emas tidak terikat sebegini. Harganya mengikut rentak perubahan politik yang membolehkan emas berfungsi sebagai perlindungan nilai terhadap pasaran lain dalam keadaan yang tidak dapat dijangka. Selain emas, platinum, palladium dan perak adalah aset berharga dan didagangkan oleh pelabur-pelabur yang menganggap ianya sebagai simpanan nilai sewaktu ketidaktentuan kewangan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pergolakan harga dan boleh menyebabkan turun naik dalam pasaran logam berharga. Salah satu faktor penting adalah institusi kewangan global dimana pelaburan adalah bersifat spekulatif yang menyebabkan berlakunya pergerakan turun naik harga. Faktor lain yang mempengaruhi pasaran adalah trend pengguna akhir yang disebabkan oleh pembeli barang kemas. Permintaan barang kemas menyebabkan harga pasaran logam berharga meningkat. Ekonomi juga memberikan impak pada harga pasaran. Dalam ekonomi global yang baik, taraf kekayaan berhubung secara terus dengan permintaan barang kemas dari emas dan logam berharga yang lain. Apabila pelabur mencari pilihan pelaburan yang lebih berisiko, harga untuk beberapa logam berharga menurun sedangkan harga yang lain meningkat. Akhir sekali, perubahan permintaan untuk aset kewangan selain daripada logam berharga turut menyumbang kepada pergolakan harga.

Sejarah Dagangan Emas dan Logam Berharga

Logam berharga dan emas khususnya merupakan simbol kekayaan. Sejak zaman dahulu, ketika emas digunakan sebagai pertukaran berabad lamanya sama ada dalam bentuk syiling, bar dan jongkong yang mempunyai ketulenan dan berat yang tetap, emas telah menjadi aset yang bernilai dan dikehendaki. Syiling emas pertama dihasikan pada tahun 600 SM dan penggunaannya sebagai wang pertukaran (piawaian emas) berkekalan sehingga tahun 1930-an. Sebagai logam mudah lentur dan konduktor eletrik yang tinggi, emas tidak bertindakbalas dengan elemen lain dan ia digunakan dalam berberapa industri antaranya barang kemas, elektronik dan kimia komersial serta perubatan. Emas sebagai wang komoditi hanya digantikan oleh sistem mata wang fiat selepas tahun 1976, namun ia masih kekal sebagai aset pelaburan yang kukuh sehingga ke hari ini.

Selain emas, untuk lebih 4 ribu tahun, perak juga telah digunakan sebagai wang pertukaran dengan piawaian perak yang kekal sehingga abad ke-19. Permintaan industri, komersial dan pengguna menjadikan perak sebagai aset yang kukuh untuk pelaburan, dan derivatif seperti niaga hadapan perak didagangkan di pelbagai pasaran bursa di seluruh dunia. Dengan kehadiran dagangan atas talian, produk dagangan pertukaran perak merupakan cara mudah untuk pelabur mendapatkan harga perak dan melabur untuk jangka masa panjang.

Jika dibandingkan dengan dagangan emas dan perak yang telah menjadi aset pelaburan sejak tamadun purba, platinum dan palladium mempunyai sejarah yang lebih singkat dalam sektor kewangan. Walaubagaimanapun, disebabkan ia susah didapati dan kurangnya penghasilan tahunan ditambah dengan fungsinya yang pelbagai dalam beberapa bidang industri, pada satu-satu masa ia boleh dijual pada harga lebih tinggi daripada emas. 10 kali lebih jarang ditemui berbanding emas, platinum adalah simbolik kekayaan dan aloi platinum (emas putih) telah digunakan sejak peradaban pre-Colombia. Penemuan platinum pertama di Eropah adalah pada abad ke-16 dan sejak abad ke-18 ia telah digunakan dalam barang kemas, industri kimia dan permotoran, pergigian dan juga perubatan.

Sama seperti platinum, palladium juga memainkan peranan yang penting dalam teknologi. Sejak penemuannya pada abad ke-19 Eropah, permintaan global untuk palladium telah meningkat mendadak terutamanya dalam industri automobil, malah turut digunakan secara meluas dalam perubatan, industri elektikal, barang kemas dan juga sebagai aset pelaburan. Disebabkan oleh permintaan dan penawaran (s.c. penentuan harga pasaran), harga platinum dan palladium boleh meningkat seperti harga emas atau lebih sewaktu ekonomi dalam keadaan stabil tetapi akan menurun jauh berbanding harga emas sewaktu ketidakstabilan ekonomi, menjadikan emas sebagai logam yang lebih stabil untuk pelaburan.

Dagangan Emas dan Logam Berharga Hari Ini

Logam berharga adalah salah satu komoditi semulajadi yang popular didagangkan sejak tahun 1970. Selain dagangan tukaran mata wang asing (forex), pelaburan jangkamasa panjang dalam emas dan logam berharga merupakan kaedah pengurusan risiko portfolio yang popular di seluruh dunia ketika inflasi atau ketidakstabilan politik/ekonomi.

Kontrak niaga hadapan dikenali sebagai kontrak derivatif yang bermaksud nilai kontrak diambil daripada prestasi aset pendasar. Salah satu tujuan utama melabur dalam niaga hadapan logam berharga adalah untuk mengurangkan risiko: memandangkan kebolehan pembeli dan penjual kontrak untuk menetapkan kadar atau harga terlebih dahulu untuk transaksi akan datang, jadi mereka boleh boleh mengawal daripada pergerakan harga yang drastik atau tiba-tiba yang boleh menyebabkan kerugian meningkat.

Logam berharga boleh didagangkan dalam dua arah: sekiranya pasaran dijangka bergerak ke atas (trend menaik) dagangan boleh dilakukan dengan membeli kontrak niaga hadapan (melakukan pembelian) dan menutup dagangan dengan menjual semula; dan sekiranya jangkaan pergerakan ke bawah (trend menurun), dagangan boleh dilakukan dengan menjual kontrak niaga hadapan (melakukan penjualan) dan menutup dagangan dengan pembelian kontrak. Kemungkinan untuk dagangan beberapa kontrak niaga hadapan turut diberikan iaitu memasuki kontrak pada harga berbeza dan keluar pada satu-satu harga atau sebaliknya. Kebolehan untuk melakukan dagangan dua arah membolehkan pelabur meraih keuntungan tidak kira ketika pasaran dalam keadaan menaik atau menurun.

Polisi Cookie: XM.COM menggunakan cookie, dan terus menggunakan laman web ini bermakna anda bersetuju dengannya. Untuk maklumat lanjut sila baca Pendedahan Cookie.