Saham

7 Kelas Aset - 16 Platform Dagangan - Lebih 300 Instrumen
Dagang Forex, Saham Individu, Komoditi, Logam Berharga, Tenaga, Indeks Ekuiti dan Mata Wang Crypto di XM.

Saham - Spread / Syarat-syarat

* Kadar swap dikira berdasarkan kadar antarabank untuk matawang saham terbabit. Dalam jadual di atas nilai swap ditunjukkan dalam bentuk peratus tahunan. Posisi belian akan dikenakan caj kadar antarabank ditambah dengan keuntungan dan posisi jualan akan menerima kadar yang ditolak dengan keuntungan. Operasi ini dijalankan pada 00:00 GMT+2 (tertakluk pada DST) dan boleh mengambil masa beberapa minit. Swap untuk hari Rabu hingga Khamis akan dicaj selama tiga hari.

** Tahap minimum untuk meletakkan Stop Loss dan Take Profit daripada harga pasaran semasa.

Saham CFD bukanlah saham fizikal dan tidak mempunyai sebarang hak pengundian.

Apabila tindakan korporat berlaku, pelarasan harga mungkin dilakukan untuk menghapuskan impak pada akaun dagangan pelanggan.

Keperluan margin tertakluk pada perubahan sebelum pengumuman pendapatan dan/atau sebarang tindakan korporat.

Purata spread yang ditunjukkan di sini dikira sepanjang hari. Spread adalah lebih rendah dalam keadaan pasaran normal tetapi ia boleh menjadi lebih tinggi berikutan pengumuman berita penting, ketidakstabilan politik, keadaan luar jangka yang menyebabkan ketidakstabilan pasaran atau ketika waktu penutup hari perniagaan serta pada hari minggu ketika kecairan berada pada tahap yang rendah. Apabila anda berdagang dengan kami, XM merupakan rakan niaga anda. Dagangan anda akan dipadankan dan sebarang pendedahan melebihi tahap yang ditetapkan akan dilindungi oleh bank rakan niaga kami (pembekal kecairan) pada spread semasa pasaran. Walaubagaimanapun, ketika pasaran berada dalam keadaan tidak menentu, pembekal kecairan kami akan memberikan sebut harga spread yang lebih tinggi daripada biasa. Dalam keadaan ini, XM terpaksa memindahkan sebahagian dari tambahan spread kepada para pelanggan.

Margin yang diperlukan untuk CFD dikira begini : Lot * Saiz Kontrak * Harga Buka * Peratusan Margin dan tidak mengambil kira leverage akaun dagangan anda.

Tarikh adalah indikatif dan tertakluk kepada perubahan.

Pelarasan Dividen untuk Saham CFD

CFD untuk saham tertakluk pada pelarasan dividen. Apabila sekuriti saham membayar dividen kepada pemegang-pemegang saham, pelarasan dividen akan dibuat pada akaun dagangan pelanggan yang mempunyai posisi indeks pada zon masa 00:00 GMT +2 (mungkin tertakluk pada DST) pada tarikh ex-dividen. CFD untuk Germany30 (GER30Cash) dan CFD untuk indeks niaga hadapan tidak tertakluk pada pelarasan dividen.

Pembelian akan menerima jumlah sebagaimana pengiraan berikut:

Pelarasan Dividen = dividen saham yang diumumkan x saiz posisi dalam lot

Penjualan akan dikenakan caj mengikut pengiraan berikut:

Pelarasan Dividen = dividen saham yang diumumkan x saiz posisi dalam lot

Dividen Saham

Simbol-simbol yang ditunjukkan adalah simbol (instrumen) yang dijangka membayar dividen untuk minggu ini. Angka dividen ini merupakan jangkaan dari pembekal kecairan kami dan tertakluk pada perubahan.

Polisi Cookie: XM.COM menggunakan cookie, dan terus menggunakan laman web ini bermakna anda bersetuju dengannya. Untuk maklumat lanjut sila baca Pendedahan Cookie.