XM tidak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Amerika Syarikat.

Dasar Privasi

Pengenalan

Sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan harian kami, kami perlu mengumpul maklumat peribadi daripada bakal pelanggan dan pelanggan kami untuk menyediakan mereka dengan produk dan perkhidmatan kami dan memastikan kami dapat memenuhi keperluan mereka apabila menyediakan produk dan perkhidmatan ini serta apabila menyediakan mereka dengan maklumat yang berkenaan.

Privasi anda sangat penting bagi kami dan ianya adalah polisi kami untuk memelihara dan menghormati kerahsiaan maklumat dan privasi individu. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana Trading Point of Financial Instruments Ltd (“Syarikat” atau “XM”) mengumpul, menggunakan dan menguruskan maklumat peribadi anda yang kami terima daripada anda atau pihak ketiga yang berkaitan dengan syarat perkhidmatan kami kepada anda atau yang kami kumpulkan daripada penggunaan anda terhadap perkhidmatan dan/atau laman web kami (iaitu www.xm.com) dan/atau mana-mana laman web dan aplikasi yang berkaitan termasuk antaranya, Ruang Keahlian Syarikat. Dasar Privasi ini juga memberitahu anda tentang hak-hak anda berkenaan dengan pemprosesan maklumat peribadi anda.

Dasar Privasi kami dikaji secara teratur untuk memastikan bahawa sebarang kewajipan dan teknologi baru, perubahan kepada amalan dan operasi perniagaan kami diambil kira serta ia kekal mengikut perubahan persekitaran badan pengawal selia. Sebarang maklumat peribadi yang kami simpan akan dikawal oleh Dasar Privasi semasa kami.

Harap maklum jika anda adalah bekas atau pekerja Syarikat, pemohon pekerjaan, kontraktor kepada Syarikat atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga, maklumat peribadi anda akan digunakan berkaitan dengan kontrak pekerjaan atau hubungan kontrak anda.

Dasar Privasi ini digunakan untuk aktiviti pemprosesan yang dilakukan oleh XM kepada maklumat peribadi pelanggan/bakal pelanggan, pelawat laman web, pemohon pekerjaan dan bekas atau pekerja Syarikat. Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada laman web yang dikendalikan oleh mana-mana organisasi dan/atau pihak ketiga yang lain.

Siapa kami

Trading Point of Financial Instruments Ltd adalah Firma Pelaburan Cyprus (CIF), yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CySEC) di bawah nombor lesen 120/10, dengan alamat pejabat berdaftar di 12, Richard & Verengaria Street, Araouzos Castle Court, 3042 Limassol, Cyprus P.O.Box 50626, 3608 Limassol, Cyprus.

Trading Point of Financial Instruments Ltd adalah sebahagian daripada XM Group. Setiap entiti dari XM Group memiliki Dasar Privasi tersendiri yang berasingan. Entiti-entiti ini mengendalikan laman web mereka sendiri dan oleh itu, jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana entiti-entiti ini memproses data peribadi anda, sila rujuk penyataan privasi yang berkenaan yang boleh didapati di laman web spesifik mereka.

Melindungi kerahsiaan maklumat peribadi dan melindungi privasi anda

Syarikat menghormati privasi setiap pengguna yang mengakses ke laman webnya, dan oleh itu berkomited untuk mengambil semua langkah yang wajar untuk melindungi pelanggan, bakal pelanggan, pemohon dan pelawat laman web.

Syarikat menyimpan data peribadi mana-mana pelanggan/bakal pelanggan mengikut undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan.

Kami mempunyai langkah-langkah dan prosedur teknikal dan organisasi yang perlu dan wajar bagi memastikan maklumat anda kekal terjamin setiap masa. Kami sentiasa melatih dan meningkatkan kesedaran kepada semua kakitangan kami tentang kepentingan mengekalkan, memelihara dan menghormati maklumat peribadi dan privasi anda. Kami menganggap pelanggaran privasi individu secara serius dan akan mengenakan langkah-langkah disiplin yang sewajarnya termasuk pemecatan jika perlu. Kami juga telah melantik Pegawai Perlindungan Data untuk memastikan Syarikat kami mengurus/memproses maklumat peribadi anda dengan mematuhi undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan mengikut Dasar Privasi ini.

Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami ketika mendaftar sebagai pengguna laman web Syarikat dan/atau perkhidmatannya diklasifikasikan sebagai maklumat berdaftar, yang dilindungi dengan beberapa cara yang berbeza. Anda boleh mengakses maklumat berdaftar setelah log masuk ke Ruang Keahlian dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang anda pilih. Adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa kata laluan anda hanya diketahui oleh anda dan tidak dimaklumkan kepada orang lain. Maklumat yang didaftarkan disimpan dengan selamat di lokasi yang selamat dan hanya pegawai yang berkuasa yang dapat mengakses melalui nama pengguna dan kata laluan. Semua maklumat peribadi dipindahkan ke Syarikat melalui sambungan 128-bit SSL yang selamat dan dengan itu semua langkah yang diperlukan diambil untuk mengelakkan pihak yang tidak dibenarkan untuk melihat maklumat tersebut. Maklumat peribadi yang diberikan kepada Syarikat yang tidak diklasifikan sebagai maklumat yang didaftarkan juga disimpan di tempat yang selamat dan dapat diakses oleh pegawai yang diberi kuasa hanya melalui nama pengguna dan kata laluan.

Penghantaran maklumat melalui internet tidak selalu selalunya selamat tetapi Syarikat berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang serius. Sebaik sahaja kami menerima maklumat anda, kami akan menggunakan prosedur dan ciri-ciri keselamatan untuk cuba menghalang akses tanpa kebenaran.

Apakah maklumat peribadi yang kami kumpul

Untuk membuka akaun dengan kami, pertama sekali anda perlu melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan kepada kami dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan. Dengan melengkapkan borang permohonan ini, anda diminta untuk mendedahkan maklumat peribadi untuk membolehkan Syarikat menilai permohonan anda dan mematuhi peraturan dan perintah yang berkaitan. Maklumat yang anda berikan juga boleh digunakan oleh Syarikat untuk memaklumkan anda mengenai perkhidmatannya.

Maklumat yang kami dapatkan daripada anda termasuk:

  • nama penuh, alamat kediaman dan butiran perhubungan (contohnya, alamat e-mel, nombor telefon, faks dan lain-lain);

  • tarikh lahir, tempat kelahiran, jantina, kewarganegaraan;

  • maklumat mengenai pendapatan dan kekayaan anda termasuk butiran mengenai anda dan sumber dana, aset dan liabiliti, maklumat akaun bank, penyata dagangan, FATCA dan maklumat CRS dan penyata kewangan;

  • baki akaun dagangan, aktiviti dagangan, pertanyaan anda dan maklum balas kami;

  • maklumat mengenai sama anda memegang jawatan penting dalam politik (PEP);

  • butiran profesion dan pekerjaan;

  • data pengesahan (contohnya, tandatangan);

  • data lokasi;

  • prestasi dagangan, ilmu dan pengalaman;

  • maklumat pengesahan yang merangkumi maklumat yang diperlukan untuk mengesahkan identiti anda seperti pasport atau lesen memandu (contohnya termasuk latar belakang maklumat yang kami terima mengenai anda daripada rekod awam atau daripada entiti lain yang tidak berkait dengan kami); tambahan pula, kami juga boleh mengutip maklumat lain yang boleh dikenal pasti seperti nombor pengenalan dan/atau nombor pendaftaran Cukai/Pasport;

  • sebarang maklumat lain yang biasa digunakan untuk mengenal pasti anda dan mengenai pengalaman perdagangan anda yang berkaitan dengan kami yang menyediakan perkhidmatan kami kepada anda;

  • aktiviti dan pergerakan pada laman web.

Kami memperoleh maklumat ini dalam beberapa cara melalui penggunaan anda terhadap perkhidmatan kami termasuk melalui mana-mana laman web kami, aplikasi, permohonan pembukaan akaun, borang pendaftaran demo kami, borang pendaftaran webinar, langganan berita terkini dan daripada maklumat yang diberikan selama berkomunikasi menggunakan perkhidmatan khidmat pelanggan. Kami juga boleh mengambil maklumat mengenai anda daripada pihak ketiga seperti melalui sumber-sumber yang tersedia secara umum. Kami juga menyimpan rekod tingkah laku dagangan anda, termasuk rekod mengenai perkara berikut:

  • produk yang anda dagangkan bersama kami dan prestasi;

  • data sejarah mengenai dagangan dan pelaburan yang anda lakukan termasuk jumlah yang dilaburkan;

  • pilihan anda untuk jenis produk dan perkhidmatan tertentu.

Kami boleh meminta maklumat peribadi lain secara secara sukarela dari semasa ke semasa (sebagai contoh, melalui penyelidikan pasaran atau kaji selidik).

Jika anda memilih untuk tidak memberi maklumat yang kami perlukan untuk memenuhi permintaan anda bagi produk atau perkhidmatan tertentu, kami tidak boleh menyediakan anda dengan produk atau perkhidmatan yang diminta.

Kami boleh merakam sebarang bentuk komunikasi melalui elektronik, telefon, secara peribadi atau sebaliknya, dengan anda berhubung dengan perkhidmatan yang kami berikan dan hubungan perniagaan kami dengan anda. Rakaman ini adalah milik kami sepenuhnya dan akan menjadi bukti komunikasi di antara kita. Perbualan telefon boleh dirakam tanpa menggunakan apa-apa nada amaran atau notis selanjutnya. Selain itu, jika anda melawat mana-mana pejabat atau premis kami, kami mungkin mempunyai CCTV yang akan merakam imej anda.

Maklumat Peribadi Yang Tidak Diminta

Sekiranya kami menerima maklumat peribadi tentang individu yang mana tidak diminta oleh kami dan tidak diperlukan untuk penyediaan perkhidmatan kami, kami akan memusnahkan maklumat tersebut dengan selamat (dengan syarat ia sah dan munasabah untuk kami berbuat demikian).

Kami, pihak XM, menggunakan YouTube untuk mengehos, menyediakan dan memaparkan kandungan video korporat kami, serta berita berkaitan pasaran. Sila baca Syarat Perkhidmatan YouTube dan Dasar Privasi Google untuk maklumat lanjut.

Pemohon pekerjaan

Data peribadi disimpan di dalam fail peribadi atau dalam sistem Sumber Manusia Syarikat. Kami mempunyai perjanjian pekerja berasingan tanpa pendedahan untuk para pekerja yang akan diberikan kepada anda apabila diambil bekerja. Jenis-jenis data berikut boleh dipegang oleh Syarikat, yang berkenaan, pada individu yang berkaitan:

  • nama, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, alamat e-mel, jantina, status perkahwinan dan lain-lain;

  • CV dan maklumat lain yang dikumpulkan semasa pengambilan bekerja;

  • rujukan daripada bekas majikan;

  • nombor Insurans Kebangsaan;

  • Data kesalahan jenayah;

  • jawatan, penghuraian kerja dan gred gaji;

  • menjalankan perkara-perkara seperti surat kebimbangan dan prosiding tatatertib;

  • maklumat prestasi dalaman;

  • sejarah/maklumat perubatan atau kesihatan;

  • kod cukai;

  • terma dan syarat pekerjaan;

  • butiran latihan.

Kami boleh meminta maklumat peribadi lain yang mungkin kami akan pertimbangkan untuk tujuan pengambilan bekerja.

Jika anda tidak berjaya dalam mendapatkan pekerjaan, kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk mengekalkan data anda sekiranya terdapat kekosongan jawatan lain yang sesuai di Syarikat kami yang kami fikir anda mungkin ingin memohon. Anda berhak untuk menolak persetujuan ini dan ianya tidak mempunyai kesan untuk menolak persetujuan.

Dasar yang sah untuk memproses maklumat peribadi anda dan tujuan

Kami boleh memproses data peribadi anda berdasarkan asas dan tujuan berikut:

  1. Kontrak prestasi

    Kami memproses data peribadi untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami serta maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami berdasarkan hubungan kontrak dengan pelanggan (iaitu supaya melaksanakan kewajipan kontrak kami). Selain itu, pemprosesan data peribadi dilakukan supaya dapat melengkapkan prosedur penerimaan/kemasukan pelanggan kami.

    Berdasarkan perkara di atas, kami perlu untuk mengesahkan identiti anda untuk menerima anda sebagai pelanggan kami dan kami perlu menggunakan butiran tersebut untuk mengurus akaun dagangan anda secara berkesan dan untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kami. Ini mungkin termasuk pihak ketiga yang menjalankan pemeriksaan kredit atau identiti bagi pihak kami. Penggunaan maklumat peribadi adalah penting bagi pihak kami untuk mengetahui siapa anda kerana kami mempunyai kewajipan undang-undang untuk mematuhi obligasi pengawal selia ‘Kenali Pelanggan Anda’ dan ‘Ketekunan Pelanggan’ yang tertentu.

  2. Mematuhi kewajipan undang-undang

    Terdapat beberapa kewajipan yang dikenakan oleh undang-undang yang berkaitan di mana kami tertakluk kepadanya, serta keperluan undang-undang yang tertentu (misalnya undang-undang pencegahan pengubahan wang haram, undang-undang perkhidmatan kewangan, undang-undang perbadanan, undang-undang privasi dan undang-undang cukai). Kami juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan daripada pelbagai pihak pengawal selia. Kewajipan dan keperluan yang dikenakan kepada kami memerlukan aktiviti pemprosesan data peribadi untuk pemeriksaan kredit, pengesahan identiti, pemprosesan pembayaran, pematuhan perintah mahkamah, undang-undang cukai atau kewajiban pelaporan yang lain serta kawalan pencegahan pengubahan wang haram.

    Kewajipan ini dikenakan dalam pelbagai keadaan, termasuk kemasukan/penerimaan pelanggan, bayaran dan pemeriksaan sistemik untuk pengurusan risiko.

  3. Untuk tujuan memelihara kepentingan yang sah

    Kami memproses data peribadi untuk melindungi kepentingan sah yang dimiliki oleh kami atau pihak ketiga. Kepentingan sah adalah apabila kami mempunyai alasan perniagaan atau komersial untuk menggunakan maklumat anda. Walaupun begitu, ia mestilah tidak menyalahi apa yang betul dan terbaik untuk anda. Contoh-contoh aktiviti pemprosesan adalah seperti berikut:

    • memulakan tuntutan undang-undang dan menyediakan pembelaan kami dalam prosedur ligitasi;

    • cara dan proses yang kami lakukan untuk menyediakan sistem keselamatan dan IT Syarikat, mencegah kemungkinan jenayah, keselamatan aset, kawalan kemasukan dan langkah-langkah anti-pencerobohan;

    • memasang sistem CCTV (seperti di premis kami atas alasan keselamatan);

    • langkah-langkah untuk menguruskan perniagaan dan untuk membangunkan lagi produk dan perkhidmatan;

    • perkongsian data peribadi anda dalam XM Group untuk tujuan mengemas kini/mengesahkan data peribadi anda mengikut rangka kerja pematuhan pencegahan pengubahan wang haram;

    • pengurusan risiko.

  4. Anda telah memberikan persetujuan anda

    Penyimpanan dan penggunaan data peribadi anda adalah berdasarkan persetujuan anda (selain daripada alasan yang dijelaskan atau tersirat dalam polisi ini apabila persetujuan anda tidak diperlukan). Anda boleh membatalkan persetujuan pada bila-bila masa; walau bagaimanapun, sebarang pemprosesan data peribadi sebelum penerimaan pembatalan anda tidak akan terjejas.

  5. Untuk menilai kesesuaian produk/perkhidmatan kami kepada Pelanggan

  6. Untuk memberikan anda produk dan perkhidmatan atau maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami, dan untuk mengkaji keperluan anda

    Sebaik sahaja anda berjaya membuka akaun dagangan dengan kami atau melanggan kemas kini atau webinar, kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk melaksanakan perkhidmatan kami dan mematuhi kewajipan kami kepada anda. Ia juga dalam kepentingan sah kami untuk memastikan bahawa kami menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik supaya kami boleh mengkaji semula secara berkala keperluan anda untuk memastikan bahawa anda memperoleh faedah daripada produk dan perkhidmatan yang terbaik daripada kami.

  7. Untuk membantu meningkatkan produk dan perkhidmatan kami, termasuk perkhidmatan pelanggan, dan mengembangkan dan memasarkan produk dan perkhidmatan baru

    Dari semasa ke semasa kami mungkin menggunakan maklumat peribadi yang diberikan oleh anda melalui penggunaan perkhidmatan dan/atau melalui kaji selidik pelanggan untuk membantu kami dalam meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan kami. Ia ada di dalam kepentingan sah kami untuk menggunakan maklumat peribadi anda dengan cara ini bagi memastikan piawaian tertinggi apabila menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan kami dan terus menjadi peneraju pasaran dalam industri perkhidmatan kewangan.

    Kami mengesan aktiviti dan tingkah laku pelawat di laman web kami setiap kali anda mengakses laman web ini dan data yang dihasilkan membolehkan kami memberikan sokongan pengguna yang lebih berkesan sekiranya anda memerlukan bantuan atau nasihat menggunakan laman web kami. Kami memastikan bahawa maklumat ini tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti anda.

  8. Untuk membuat profil tentang anda

    Dari semasa ke semasa kami mungkin menggunakan maklumat peribadi yang diberikan oleh anda melalui penggunaan perkhidmatan dan/atau melalui kaji selidik pelanggan untuk membantu kami dalam meningkatkan mutu dan perkhidmatan kami. Ia ada di dalam kepentingan sah kami untuk menggunakan maklumat peribadi anda dengan cara ini bagi memastikan piawaian tertinggi apabila menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan kami dan terus menjadi peneraju pasaran dalam industri perkhidmatan kewangan.

  9. Untuk menyiasat atau menyelesaikan pertanyaan atau pertikaian

    Kami mungkin perlu menggunakan maklumat peribadi yang diambil daripada anda untuk menyiasat isu dan/atau menyelesaikan pertikaian dengan anda kerana menjadi kepentingan sah kami untuk memastikan isu dan/atau pertikaian diselidik dan diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

  10. Untuk mematuhi undang-undang, perintah mahkamah, proses kehakiman yang lain, atau keperluan dari mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan

    Kami mungkin perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk mematuhi mana-mana undang-undang dan peraturan, perintah mahkamah atau proses kehakiman yang lain, atau keperluan mana-mana pihak pengawal selia yang berkenaan. Kami melakukan sedemikian bukan semata-mata untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang tetapi kerana ia mungkin termasuk dalam kepentingan sah kami untuk berbuat demikian.

  11. Untuk menghantar kaji selidik kepada anda

    Dari semasa ke semasa, kami boleh menghantar kaji selidik kepada anda sebagai sebahagian daripada proses maklum balas pelanggan kami. Adalah menjadi kepentingan sah kami untuk meminta maklum balas ini untuk memastikan bahawa kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami di tahap tertinggi. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa kami mungkin meminta anda untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik lain dan jika anda bersetuju untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik lain, kami berpegang kepada persetujuaan anda untuk menggunakan maklumat peribadi yang kami kumpul sebagai sebahagian daripada kaji selidik tersebut. Semua maklum balas terhadap sebarang kaji selidik yang kami hantar sama ada untuk maklum balas pelanggan atau sebaliknya akan dihimpunkan dan depersonalisasi sebelum hasil kaji selidik dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.

  12. Analisis data

    Halaman laman web dan e-mel kami mungkin mengandungi tanda suar web, tag piksel atau alat analisis data serupa yang membolehkan kami menjejak penerimaan kesepadanan dan mengira jumlah pengguna yang telah melawat laman web atau membuka kesepadanan kami. Kami boleh mengumpulkan maklumat peribadi anda (seperti sejarah perdagangan) dengan maklumat peribadi pelanggan yang lain secara anonim (iaitu, dengan pengecam peribadi anda dibuang) supaya analisis statistik yang lebih rapi mengenai corak umum yang membolehkan kami menyedia produk dan perkhidmatan yang lebih baik.

    Sekiranya maklumat peribadi anda sama sekali tidak dapat dikenali, kami tidak memerlukan asas undang-undang kerana maklumat tersebut bukan lagi maklumat peribadi. Sekiranya maklumat peribadi anda bukan dalam bentuk yang tidak dikenali, menjadi kepentingan sah kami untuk terus menilai maklumat peribadi tersebut untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan adalah bersesuaian dengan pasaran.

  13. Tujuan Pemasaran

    Kami boleh memproses maklumat peribadi anda untuk menghantar komunikasi pemasaran melalui e-mel atau telefon atau bentuk lain yang dipersetujui (termasuk kempen media sosial) untuk memastikan anda sentiasa dikemas kini dengan produk dan perkhidmatan terbaru kami. Sekiranya kami menghantar komunikasi pemasaran kepada anda, kami akan berbuat demikian berdasarkan persetujuan anda atau jika ia termasuk dalam kepentingan sah kami.

    Kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak luar untuk membolehkan mereka melakukan pemasaran terus kepada anda.

  14. Tujuan perniagaan dalaman dan penyimpanan rekod

    Kami mungkin perlu memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan perniagaan dan penyelidikan dalaman serta untuk tujuan penyimpanan rekod. Pemprosesan sedemikian adalah demi kepentingan sah kami dan diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang. Ini mungkin termasuk sebarang komunikasi di antara kami dengan anda berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang kami berikan dan hubungan antara kami dengan anda. Kami juga akan menyimpan rekod untuk memastikan anda mematuhi obligasi kontrak menurut perjanjian yang mengawal hubungan kami dengan anda.

  15. Notis Undang-Undang

    Sering kali undang-undang memerlukan kami menasihati anda tentang perubahan tertentu terhadap produk, perkhidmatan atau perundangan. Kami mungkin perlu memaklumkan kepada anda tentang perubahan terma atau ciri-ciri produk atau perkhidmatan kami. Kami perlu memproses maklumat peribadi anda untuk menghantar notis undang-undang ini kepada anda. Anda akan terus menerima maklumat ini daripada kami walaupun anda memilih untuk tidak menerima maklumat pemasaran langsung daripada kami.

  16. Penstrukturan semula korporat

    Jika kami menjalani penstrukturan semula korporat atau sebahagian atau jika semua perniagaan kami diambil alih oleh pihak ketiga, kami mungkin perlu menggunakan maklumat peribadi anda berhubung dengan penstrukturan semula atau pengambilalihan. Penggunaan sedemikian boleh melibatkan perkongsian maklumat anda sebagai sebahagian daripada pertanyaan usaha wajar atau pendedahan menurut perjanjian undang-undang. Ia adalah menjadi kepentingan sah kami untuk menggunakan maklumat anda dengan cara ini, dengan syarat kami mematuhi sebarang kewajipan undang-undang/pengawalseliaan yang kami ada terhadap anda.

  17. Keselamatan Fizikal

    Jika anda memasuki mana-mana premis kami, kami boleh merekod imej anda di CCTV atas alasan keselamatan. Kami juga boleh mengambil butiran anda untuk menyimpan rekod sesiapa yang telah masuk ke premis kami pada hari-hari tertentu. Ia termasuk dalam kepentingan sah kami untuk berbuat sedemikian demi mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan terkawal.

Pendedahan maklumat peribadi anda

Syarikat tidak boleh mendedahkan mana-mana maklumat rahsia pelanggannya kepada pihak ketiga, kecuali: (a) sekadar yang diperlukan untuk berbuat demikian menurut mana-mana undang-undang, peraturan dan/atau pengawalan yang berkenaan; (b) jika ada kewajipan kepada orang awam untuk mendedahkan; (c) jika kepentingan perniagaan yang sah memerlukan pendedahan; atau (d) atas permintaan atau dengan persetujuan anda atau Orang yang dinyatakan dalam polisi ini. Syarikat akan berusaha untuk membuat pendedahan sedemikian berdasarkan 'keperluan untuk mengetahui', melainkan jika diarah oleh pihak berkuasa pengawalseliaan. Dalam keadaan itu, Syarikat akan memaklumkan pihak ketiga mengenai maklumat yang bersifat rahsia tersebut.

Sebagai sebahagian daripada penggunaan data peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas, Syarikat boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada yang berikut:

  • mana-mana ahli XM Group, yang bermaksud mana-mana syarikat pegangan utama kami serta anak-anak syarikatnya boleh menerima maklumat tersebut;

  • syarikat bersekutu dan penyedia perkhidmatan kami, untuk tujuan perniagaan, termasuk pihak ketiga seperti penyedia perkhidmatan perniagaan dan penasihat pakar yang telah dikontrak untuk menyediakan pentadbiran, kewangan, undang-undang, cukai, pematuhan, insurans, penyelidikan atau lain-lain perkhidmatan;

  • pengusaha perniagaan yang mempunyai hubungan perniagaan bersama kami;

  • pihak perniagaan, pembekal kredit, mahkamah, tribunal dan pihak berkuasa pengawal selia yang dipersetujui atau dibenarkan oleh undang-undang;

  • pembekal perkhidmatan pembayaran (PSP) dan/atau instutisi perbankan yang berhubung dengan isu-isu yang dibangkitkan mengenai deposit/pengeluaran ke/dari akaun dagangan yang terikat dengan Syarikat dan/atau untuk tujuan memulakan siasatan mengenai hal tersebut (contohnya, deposit pihak ketiga);

  • sesiapa saja yang dibenarkan oleh anda.

Jika Syarikat mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak perniagaan, seperti syarikat pemprosesan kad atau bank, untuk melaksanakan perkhidmatan yang diminta oleh pelanggan, pihak ketiga tersebut boleh menyimpan maklumat anda untuk mematuhi undang-undang dan kewajiban mereka yang lain.

Secara umumnya, kami memerlukan organisasi di luar XM Group yang mengendalikan atau mendapatkan maklumat peribadi untuk memperakui kerahsiaan maklumat ini, menjamin untuk menghormati hak individu terhadap privasi dan mematuhi semua undang-undang perlindungan data yang berkaitan dan Dasar Privasi ini. Pembekal perkhidmatan pihak ketiga seperti agensi rujukan kredit (jika dan bila yang berkenaan) boleh menyimpan rekod mengenai sebarang carian yang dilakukan bagi pihak kami dan boleh menggunakan butiran carian untuk membantu syarikat lain dalam melakukan carian mereka. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan maklumat peribadi anda oleh pihak ketiga dari luar yang bertindak sebagai pengendali maklumat peribadi anda tidak dilindungi oleh Dasar Privasi ini dan tidak tertakluk kepada piawaian dan prosuder privasi kami.

Pelanggan menerima dan bersetuju bahawa Syarikat boleh, dari semasa ke semasa, menganalisis data yang dikumpul dari lawatan ke laman web atau dengan cara lain seperti soal selidik untuk tujuan statistik untuk meningkatkan aktiviti perniagaan Syarikat.

Pemindahan luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)

Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi anda di dalam atau di luar Kawasan Ekonomi Eropah ke syarikat XM Group yang lain dan juga penyedia perkhidmatan (cth., Pemproses). Sejauh mana kami akan memindahkan maklumat anda ke luar EEA, kami akan memastikan bahawa pemindahan itu sah dan Pemproses di negara ketiga wajib mematuhi undang-undang perlindungan data Privasi Eropah atau undang-undang negara lain yang setanding dan memberikan perlindungan yang sesuai sehubungan dengan pemindahan data anda selaras dengan Artikel 46 GDPR. Jika kami melakukan pemindahan ke pemproses di AS, dalam beberapa perkara kami dapat bergantung pada klausa kontrak standard yang dapat digunakan, peraturan korporat yang terikat atau peraturan perlindungan lain yang setara dapat digunakan.

Berdasarkan perkara di atas, maklumat peribadi anda mungkin diproses oleh kakitangan di XM Group yang beroperasi di dalam atau di luar EEA yang berkerja untuk kami, atau entiti XM Group yang lain, atau untuk salah satu daripada penyedia perkhidmatan kami. Seperti kakitangan tersebut, antara yang terlibat dalam memenuhi permintaan anda, memproses perincian pembayaran anda dan penyediaan perkhidmatan sokongan. Dengan menghantar data peribadi anda, anda bersetuju dengan pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan ini. Syarikat akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan data anda disimpan dengan selamat dan selaras dengan Dasar Privasi ini.

Maklumat yang dikumpulkan daripada penggunaan perkhidmatan kami

Sistem penjejak yang digunakan oleh laman web Syarikat boleh mengumpul data peribadi anda untuk mengoptimumkan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan/bakal pelanggan. Laman web mengumpul maklumat dengan cara berikut:

  • Maklumat peranti

    Dengan mengenalpasti peranti yang anda gunakan untuk mengakses dan menggunakan laman web Syarikat, kami boleh menyediakan anda dengan versi laman web yang paling sesuai.

  • Maklumat log

    Mengambil maklumat tingkah laku tertentu di laman web membolehkan syarikat menjejak tindakan pengguna dan oleh itu menyelesaikan mana-mana isu yang mungkin berlaku.

  • Maklumat lokasi

    Menggunakan alamat IP anda membantu kami menyesuaikan kandungan laman web kami, yang kami sediakan kepada anda mengikut negara anda, dan meningkatkan pengalaman pengguna anda di laman web kami.

  • Kuki

    Kuki adalah fail teks berdata rendah yang dihantar dari laman web kami kepada pelayar web anda dan disimpan dalam cakera keras komputer anda. Kuki membantu meningkatkan prestasi laman web dan pengalaman pelawat laman web, menjejak perujuk anda (jika ada) serta meningkatkan kempen pengiklanan kami pada masa hadapan.

  • Simpanan setempat

    Bagi mengaktifkan akaun dagangan anda, anda perlu menyerahkan semua dokumen pengesahan kepada pihak kami melalui Ruang Keahlian syarikat. Segala dokumen ini akan diserahkan melalui sambungan 128-bit SSL dan disimpan di lokasi yang selamat.

Kuki

Kuki internet adalah data kecil yang dihantar dari laman web kami kepada pelayar laman web anda dan disimpan pada cakera keras komputer apabila anda menggunakan laman web kami, dan ia mungkin termasuk nombor pengenalan unik. Tujuan mengumpul maklumat ini adalah untuk memberikan anda pengalaman yang lebih sesuai dan efektif pada laman web kami, termasuk pembentangan laman web yang mengikut keperluan dan keutamaan anda.

Kuki selalu digunakan oleh laman web di internet, dan anda boleh memilih jika dan bagaimana kuki akan diterima dengan mengubah keutamaan dan pilihan anda dalam pelayar web. Anda mungkin tidak boleh mengakses sebahagian laman web kami jika anda memilih untuk menghentikan penerimaan kuki pada pelayar web anda, terutamanya di Ruang Keahlian Syarikat dan lain-lain bahagian penting pada laman web kami. Oleh itu, kami mengesyorkan anda membuka penerimaan kuki untuk mendapat faedah dari semua perkhidmatan atas talian kami.

Tambahan pula, kami menggunakan kuki untuk ciri-ciri pemasaran semula untuk membolehkan kami menjangkaui pengguna yang pernah melawat laman web kami dan menunjukkan minat terhadap produk dan perkhidmatan kami. Dari semasa ke semasa, kami mungkin menggunakan vendor pihak ketiga seperti, Google dan AdRoll, untuk memaparkan iklan kami melalui internet kepada anda, berdasarkan penggunaan anda pada laman web kami sebelum ini. Anda boleh memilih untuk menghentikan penggunaan tertentu kuki ini pada bila-bila masa dengan melayari halaman Tetapan Google Ads dan halaman pilih keluar DoubleClick atau ketika mereka mengemas kini kemudahan tersebut.

Syarikat menggunakan kuki sesi ID dan kuki berterusan. Kuki sesi ID tamat selepas satu set masa atau apabila tetingkap pelayar web ditutup. Kuki berterusan kekal pada cakera keras untuk tempoh masa panjang. Anda boleh membuang kuki berterusan dengan mengikut arahan yang disediakan dalam fail 'Bantuan' pelayar web anda.

Untuk maklumat lanjut tentang polisi kuki kami dan bagaimana kuki kami bekerja, baca Polisi Kuki kami di sini.

Bagaimana kami mendapatkan persetujuan anda

Sekiranya penggunaan maklumat peribadi memerlukan persetujuan anda, persetujuan tersebut akan diberikan mengikut terma bertulis yang menyatakan hubungan perniagaan kami (yang terdapat di laman web kami seperti yang dipinda dari semasa ke semasa), atau mana-mana kontrak lain yang dipersetujui antara kami dengan anda atau seperti yang ditetapkan dalam komunikasi kami dengan anda dari semasa ke semasa.

Jika kami memerlukan persetujuan anda sebagai asas undang-undang untuk menyimpan dan memproses maklumat peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik persetujuan itu pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Penyimpanan maklumat peribadi anda dan tempoh simpanan

Memelihara privasi maklumat anda sangat penting kepada kami, sama ada anda berinteraksi dengan kami secara peribadi, melalui telefon, melalui surat, melalui internet atau melalui mana-mana media elektronik lain. Kami akan menyimpan maklumat peribadi selagi kami mempunyai hubungan perniagaan dengan anda, dalam bentuk fasiliti penyimpanan komputer yang selamat dan fail berasaskan kertas dan lain-lain rekod dan kami mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi maklumat peribadi yang disimpan daripada penyalahgunaan, kehilangan, akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau pendedahan.

Apabila kami menganggap bahawa maklumat peribadi tersebut tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia dikumpulkan, kami akan mengeluarkan sebarang butiran yang akan mengenal pasti anda atau kami akan memusnahkan rekod dengan selamat. Walau bagaimanapun, kami perlu mengekalkan rekod untuk tempoh masa yang lama. Sebagai contoh, kami tertakluk kepada undang-undang pencegahan pengubahan wang haram tertentu yang memerlukan kami untuk kekalkan seperti berikut, untuk tempoh lima (5) tahun selepas hubungan perniagaan kami dengan anda telah berakhir:

  • satu salinan dokumen yang kami gunakan untuk mematuhi tanggungjawab usaha wajar pelanggan kami;

  • bukti sokongan dan rekod transaksi serta hubungan antara anda dengan kami

Selain itu, maklumat peribadi yang disimpan dalam bentuk komunikasi yang direkodkan melalui telefon, elektronik, secara peribadi atau sebaliknya, akan disimpan selaras dengan keperluan pengawal seliaan tempatan iaitu, 5 tahun selepas hubungan perniagaan kami dengan anda berakhir atau lebih lama jika anda mempunyai kepentingan yang sah (seperti mengendalikan pertikaian anda). Jika anda telah memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran, kami akan menyimpan butiran anda pada senarai penahanan kami agar kami tahu anda tidak mahu menerima komunikasi ini.

Kami mungkin menyimpan data anda lebih lama daripada 5 tahun jika kami tidak dapat memadamnya atas alasan undang-undang, pengawal seliaan atau teknikal.

Hak anda mengenai maklumat peribadi anda

Hak yang mungkin tersedia untuk anda berhubung dengan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda diterangkan di bawah. Anda boleh menggunakan hak ini dengan menghantar e-mel kepada kami di dpo@trading-point.com.

Maklumat dan Akses

Jika anda bertanya kepada kami, kami akan mengesahkan sama ada kami sedang memproses maklumat peribadi anda dan jika ya, apa maklumat yang kami proses dan jika diminta, kami akan memberikan salinan maklumat peribadi tersebut (bersama dengan butir-butir lain yang tertentu) dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh permintaan anda. Jika anda memerlukan salinan tambahan, kami mungkin perlu mengenakan yuran pentadbiran yang munasabah.

Pembetulan

Adalah penting bagi kami untuk memastikan maklumat peribadi anda sentiasa dikemas kini. Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat peribadi anda kekal tepat, lengkap dan dikemas kini. Jika maklumat peribadi yang disimpan oleh kami mengenai anda tidak tepat atau tidak lengkap, anda berhak untuk membetulkannya. Sekiranya kami telah mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak lain, kami akan memaklumkan mereka tentang pembetulan, jika ada. Sekiranya anda bertanya kepada kami, jika boleh dan sah untuk berbuat demikian, kami akan memaklumkan kepada anda dengan siapa kami telah berkongsi maklumat peribadi anda agar anda boleh menghubungi mereka secara langsung.

Anda boleh memaklumkan kami pada bila-bila masa bahawa butiran peribadi anda telah berubah dengan menghantar e-mel kepada kami di support@trading-point.com. Syarikat akan mengubah maklumat peribadi anda berdasarkan arahan anda. Untuk meneruskan permintaan sedemikian, dalam sesetengah kes kami mungkin memerlukan dokumen sokongan daripada anda sebagai bukti, contohnya maklumat peribadi yang kami perluk simpan untuk tujuan undang-undang atau pengawalseliaan.

Penghapusan

Anda boleh meminta kami untuk memadam atau mengeluarkan maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu, iaitu jika kami tidak lagi memerlukannya atau anda boleh menarik balik persetujuan anda (jika berkenaan) dengan syarat kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengekalkan data tersebut. Permintaan tersebut tertakluk kepada had pengekalan yang kami perlukan untuk mematuhi berdasarkan undang-undang dan peraturan yang berkenaan dan tertakluk kepada seksyen 'Penyimpanan Maklumat Peribadi Anda dan Tempoh Simpanan'. Sekiranya kami telah mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak lain, kami akan memaklumkan mereka untuk menghapuskannya. Jika anda bertanya kepada kami, jika mungkin dan sah untuk berbuat demikian, kami juga akan memaklumkan kepada anda dengan siapa kami telah berkongsi maklumat peribadi anda supaya anda boleh menghubungi mereka secara langsung.

Sekatan pemprosesan

Anda boleh meminta kami untuk 'menyekat' atau menahan pemprosesan data peribadi anda dalam keadaan tertentu seperti ketika anda menyuarakan ketepatan maklumat peribadi tersebut atau melarang kami memproses maklumat tersebut. Ia tidak akan menghalang kami daripada menyimpan maklumat peribadi anda. Kami akan memaklumkan anda sebelum kami memutuskan untuk tidak bersetuju dengan sebarang sekatan yang diminta. Sekiranya kami telah mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak lain, kami akan memaklumkan mengenai sekatan sekiranya boleh. Sekiranya anda bertanya kepada kami, jika boleh dan sah untuk berbuat demikian, kami juga akan memberitahu anda dengan siapa kami telah berkongsi maklumat peribadi anda agar anda boleh menghubungi mereka secara langsung.

Kemudahalihan Data

Di bawah Peraturan Perlindungan Data Umum (679/2016), anda berhak, dalam keadaan tertentu, untuk mendapatkan maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami (dalam format yang berstruktur, biasa digunakan dan boleh dibaca mesin), dan menggunakannya semula di tempat lain atau meminta kami untuk memindahkannya kepada pihak ketiga pilihan anda.

Bantahan

Anda boleh meminta kami berhenti memproses maklumat peribadi anda dan kami akan melakukannya, sekiranya kami:

  • bergantung pada kepentingan sah kami atau orang lain untuk memproses maklumat peribadi anda kecuali jika kami dapat menunjukkan alasan undang-undang yang kukuh untuk pemprosesan;

  • memproses maklumat peribadi anda untuk pemasaran langsung; atau

  • memproses maklumat peribadi anda untuk penyelidikan melainkan jika kami percaya bahawa pemprosesan tersebut adalah perlu atau berhemat untuk pelaksanaan tugas yang dijalankan demi kepentingan awam (seperti dari agensi penguatkuasaan atau badan kawal selia).

Membuat profil dan keputusan secara automatik

Jika kami telah membuat keputusan mengenai anda semata-mata berdasarkan proses automatik (contohnya melalui profil automatik) yang mempengaruhi keupayaan anda untuk menggunakan perkhidmatan kami atau ianya memberikan kesan yang signifikan kepada anda, anda boleh meminta untuk tidak tertakluk kepada keputusan tersebut melainkan jika kami boleh menunjukkan kepada anda bahawa keputusan sedemikian perlu untuk melakukan atau melaksanakan, kontrak antara anda dan kami. Walaupun keputusan diperlukan untuk melakukan atau melaksanakan kontrak, anda boleh mempertikaikan keputusan tersebut dan memerlukan campur tangan manusia. Kami mungkin tidak dapat menawarkan produk atau perkhidmatan kami kepada anda, jika kami bersetuju dengan permintaan tersebut (iaitu menamatkan hubungan kami dengan anda).

Pilihan untuk menghentikan pengumpulan maklumat peribadi anda

Sekiranya anda tidak mahu kami menggunakan maklumat peribadi anda, anda mestilah memberitahu Syarikat dengan menghantar e-mel kepada dpo@trading-point.com. Jika anda ingin berbuat demikian, kami tidak dapat meneruskan memberi maklumat, perkhidmatan dan/atau produk yang diminta oleh anda dan kami tidak mempunyai sebarang lialibiliti kepada anda dalam hal ini.

Pegawai Perlindungan Data

Butiran perhubungan Pegawai Perlindungan Data:

Alamat Emel: dpo@trading-point.com

Alamat: 12, Richard & Verengaria Street, Araouzos Castle Court, 3042 Limassol, Cyprus P.O.Box 50626, 3608 Limassol, Cyprus


Sekiranya anda penduduk UK, anda boleh menghubungi wakil kami di UK:

Trading Point of Financial Instruments UK Ltd

Alamat Emel: ukrep@trading.com

Alamat: Citypoint Building, 1 Ropemaker Street, London, EC2Y 9HT

Penafian Undang-undang

Syarikat boleh mendedahkan maklumat peribadi anda seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan dan apabila Syarikat percaya bahawa pendedahan adalah perlu untuk melindungi hak-hak kami dan/atau untuk mematuhi sebarang prosiding, perintah mahkamah, proses undang-undang yang disampaikan atau selaras dengan badan kerajaan, antara kerajaan atau badan pengawal seliaan yang lain. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan atau kehilangan maklumat peribadi atau sebaliknya di laman web Syarikat di mana Syarikat tidak mempunyai akses atau kawalan. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas penggunaan maklumat peribadi anda yang tidak sah atau tidak dibenarkan disebabkan oleh penyalahgunaan atau kesalahan kata laluan anda, kecuaian atau campur tangan yang berniat jahat dan/atau selainnya oleh anda atau disebabkan tindakan atau peninggalan anda atau orang yang diberi kuasa oleh anda (sama ada keizinan itu dibenarkan oleh terma hubungan undang-undang kami dengan anda atau tidak).

Perubahan dalam Dasar Privasi ini

Dasar Privasi kami disemak dari semasa ke semasa untuk mengambil kira undang-undang dan teknologi baru, perubahan kepada operasi dan amalan kami dan untuk memastikan ia kekal sesuai dengan persekitaran yang berubah-ubah.

Jika kami memutuskan untuk mengubah Dasar Privasi kami, kami akan menyiarkan perubahan tersebut dalam Dasar Privasi ini dan tempat-tempat lain yang kami anggap sesuai supaya anda mengetahui maklumat yang kami kumpulkan, bagaimana kami menggunakannya dan dalam apa jua keadaan, jika ada, kami akan mendedahkan ia.

Sekiranya anda mempunyai aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai sebarang aspek privasi kami, anda boleh mengemukakan aduan. Tindakan segera akan diambil. Untuk membuat aduan, sila hubungi kami melalui e-mel di complaints@trading-point.com.

Jika anda tidak berpuas hati dengan maklum balas kami terhadap aduan anda, anda berhak mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan kami, Pejabat Pesuruhjaya untuk Perlindungan Data Peribadi (“Pesuruhjaya”). Anda boleh mendapatkan butiran mengenai cara untuk melakukannya di laman web Pesuruhjaya di http://www.dataprotection.gov.cy atau dengan menghubungi mereka di +357 22818456.

Bagaimana untuk Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, sila e-mel kepada kami di support@trading-point.com atau di dpo@trading-point.com.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.