XM tidak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Amerika Syarikat.

Platform Dagangan Forex

MetaTrader 4

MT4 XM — Lebih Pantas dan Lebih Baik

XM menawarkan platform MT4 dengan mengambil kira kualiti pelaksanaan dagangan. Manfaatkan MT4 dan berdagang tanpa penolakan pesanan atau sebut harga semula, dan leveraj yang fleksibel dari 1:1 hingga 1000:1.

  • Akses ke 8 jenis platform dengan hanya 1 log masuk
  • Akaun lot micro (opsyenal)
  • Spread serendah 0 pip
  • Berdagang Lebih Daripada 1000 Instrumen

MetaTrader5

MT5 XM — 1 Platform, 7 Kelas Aset

MT5 XM menawarkan semua ciri-ciri yang ada pada MT4 XM dengan tambahan 300 CFD saham (syer) menjadikannya satu platform multi-aset yang ideal. Berdagang forex dan CFD untuk saham, emas, minyak dan indeks ekuiti dari 1 platform tanpa penolakan, tanpa sebut semula dan leverage dari 1:1 sehingga 1000:1.

  • Akses ke 7 jenis platform dengan hanya 1 log masuk
  • Lebih daripada 80 objek analisis
  • Perincian pasaran bagi sebut harga terkini
  • Berdagang lebih 1000 Instrumen termasuk Saham Individu, Indeks Saham, Forex, Logam Berharga dan Tenaga

Amaran Risiko: Dagangan Forex dan CFD melibatkan risiko kerugian yang tinggi. Tertakluk T&S.

Kembangkan semua|Runtuhkan semua

Apa Itu Platform Dagangan Forex?

Platform dagangan forex secara ringkasnya adalah perisian yang disediakan oleh XM kepada pelanggannya untuk melakukan dagangan.

Platform XM (perisian) disediakan untuk

  • 1. Aplikasi Windows dan Mac yang boleh dimuat turun
  • 2. Aplikasi tanpa muat turun berasaskan pelayar web
  • 3. Aplikasi untuk telefon pintar

XM menawarkan dagangan forex (dagangan mata wang) pada semua platform. Pelanggan kami boleh memilih akaun dagangan yang memenuhi keperluan mereka dan memilih platform dagangan pilihan mereka semasa pendaftaran.

XM menawarkan 2 jenis platform dagangan:

  • 1. Platform Jenis MT4
  • 2. Platform Jenis MT5 (termasuk juga WebTrader XM)

Sila ambil perhatian WebTrader XM adalah sebahagian daripada platform MT5 dan boleh diakses menggunakan maklumat log masuk dan kata laluan yang digunakan untuk mengakses platform dagangan MT5.

Bagaimana saya boleh mengakses Platform Dagangan XM?

Untuk mendapatkan akses kepada platform dagangan XM, anda perlu memiliki satu akaun dagangan demo atau nyata. Setiap akaun memberikan anda satu nombor log masuk unik yang membolehkan anda log masuk ke platform dagangan yang anda pilih sewaktu pendaftaran.

Bergantung kepada keperluan, anda boleh memilih MT4 (platform dagangan FX) atau MT5 (platform dagangan multi-aset).

Apa itu Platform Dagangan Multi-Aset?

Platform dagangan multi-aset merupakan platform dagangan yang membolehkan pelanggan berdagang bukan sahaja dalam forex malah dalam kelas aset lain seperti indeks saham, logam atau tenaga.

XM menawarkan dagangan multi-aset pada platform MT5.

Pelanggan yang ingin berdagang kelas aset yang pelbagai hendaklah memilih MT5 sebagai platform pilihan semasa pendaftaran.

Pelanggan sedia ada yang memiliki akaun dagangan MT4 dan ingin menggunakan akaun di platform MT5 boleh membuka akaun tambahan dari Ruang Keahlian XM dan memilih MT5 sebagai platform pilihan untuk akaun tambahan tersebut.

Platform Manakah yang Perlu Saya pilih?

Keputusan untuk pemilihan platform bergantung sepenuhnya kepada instrumen yang ingin didagangkan oleh pelanggan. Di XM, pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih platform MT4 atau MT5.

Pelanggan yang inginkan kebebasan berdagang kelas aset yang pelbagai disarankan untuk memilih platform dagangan MT5 yang turut memberikan mereka akses kepada WebTrader XM.

Apakah Perbezaan Antara Platform MT4 dan Platform MT5?

Perbezaan utama di antara MT4 dan MT5 ialah MT5 menjurus kepada platform dagangan forex, manakala MT5 ialah platform dagangan multi-aset. Ini bermakna MT5 bukan sekadar menawarkan forex bahkan menawarkan juga dagangan saham, indeks saham dan logam berharga.

Bagaimana Untuk Melakukan Deposit ke Platform Dagangan Pilihan Saya?

Untuk melakukan deposit ke platform dagangan yang anda gunakan, anda hendaklah membuka satu akaun dagangan nyata.

Akaun nyata anda akan memberikan akses kepada Ruang Keahlian XM, di mana anda boleh melakukan deposit dan pengeluaran dana daripada akaun dagangan anda.

Untuk setiap deposit dan pengeluaran, semua perubahan tetapan dalam akaun yang dibuat di Ruang Keahlian XM akan ditunjukkan pada platform dagangan sebagaimana arahan pada skrin sewaktu membuat permintaan di Ruang Keahlian anda.

Bolehkah Saya Berdagang di Telefon Pintar?

Ya, boleh. Semua platform dagangan XM menyokong dagangan mudah alih dan pelanggan boleh memuat turun aplikasi yang bersesuaian dengan platform pilihan mereka.

Arahan bagaimana untuk mengakses platform dagangan mudah alih boleh didapati di laman berkenaan di bahagian platform mudah alih di laman web XM.

Bolehkah Saya Melakukan Deposit atau Pengeluaran ke Platform Dagangan dari Telefon Saya?

Ya, boleh. Di XM, deposit dan pengeluaran dibuat melalui Ruang Keahlian XM yang berfungsi sepenuhnya pada semua peranti mudah alih dan telah direka untuk kegunaan dagangan mudah alih.

Adakah Semua Platform Boleh Diakses Menggunakan Log Masuk dan Kata Laluan yang Sama?

Tidak. Semua platform MT4 boleh diakses dengan butiran log masuk dan kata laluan yang tersendiri, manakala semua platform MT5 boleh diakses dengan log masuk dan kata laluan yang tersendiri.

XM menawarkan 2 jenis platform dagangan:

  • 1. Platform Jenis MT4
  • 2. Platform Jenis MT5 (termasuk juga WebTrader XM)

Sila ambil perhatian bahawa WebTrader XM adalah sebahagian dari platform MT5 jadi ia boleh diakses menggunakan maklumat log masuk dan kata laluan yang digunakan untuk akses kepada platform dagangan MT5.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.