XM tidak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Amerika Syarikat.

MT5 untuk Android Tablet

MT5 XM — 1 Platform, 7 Kelas Aset

Dapatkan akses ke pasaran kewangan dunia!


Cara untuk Akses MT5 Tablet Android XM

Langkah 1

  • Buka Google Play di tablet Android atau muat turun aplikasi di sini.
  • Cari MetaTrader 5 di Google Play dengan memasukkan metatrader 5 di ruang carian.
  • Klik ikon MetaTrader 5 untuk memuatkan perisian ke dalam tablet Android anda.

Langkah 2

  • Jalankan aplikasi pada peranti anda.
  • Ketik uruskan akaun.
  • Ketik tanda tambah ‘+’ di sudut kanan atas.
  • Masukkan Trading Point of Financial Instruments Ltd di medan ‘Cari Broker'.
  • Pilih pelayan anda daripada senarai yang disediakan di Ruang Keahlian, dalam bahagian 'Butiran Akaun Saya'.

Langkah 3

  • Masukkan maklumat log masuk dan kata laluan.
  • Mula berdagang di tablet Android anda.

Soalan Lazim

Bagaimana saya boleh mengakses platform MT5?

Untuk mula berdagang di platform MT5 anda memerlukan satu akaun dagangan MT5. Ianya mustahil untuk berdagang di platform MT5 menggunakan akaun MT4 sedia ada anda. Untuk membuka akaun MT5 klik di sini.

Bolehkah saya menggunakan ID akaun MT4 untuk mengakses MT5?

Tidak. Anda memerlukan satu akaun dagangan MT5. Untuk membuka akaun MT5 klik di sini.

Bagaimana cara untuk mengesahkan akaun MT5?

Jika anda merupakan pelanggan XM dengan akaun MT4, anda boleh membuka akaun MT5 tambahan dari Ruang Keahlian tanpa perlu menyerahkan semula sebarang dokumen pengesahan anda. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pelanggan baharu, anda perlu menyerahkan semua dokumen pengesahan yang diperlukan kepada pihak kami terlebih dahulu (s.c. bukti pengenalan diri dan bukti tempat tinggal).

Bolehkah saya melakukan dagangan CFD saham menggunakan akaun dagangan MT4?

Tidak. Anda memerlukan satu akaun dagangan MT5 untuk berdagang saham CFD. Untuk membuka akaun MT5 klik di sini.

Apakah instrumen yang boleh saya dagangkan di MT5?

Pada platform MT5 anda boleh melakukan dagangan untuk semua instrumen yang disediakan oleh XM iaitu CFD Saham, CFD Indeks Saham, Forex, CFD untuk Logam Berharga dan CFD untuk Tenaga

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.