Untuk Kebajikan Kanak-Kanak – Acara Amal XM di Indonesia

Disiarkan pada 17.12.2019 09:27 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Buat kali ketiga, XM telah menganjurkan acara amal di Indonesia bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan matlamat untuk meringankan bebanan hidup yang mereka hadapi.

Acara ini berlangsung di Jakarta pada 4 Disember 2019, dengan kerjasama salah satu pertubuhan amal yang paling berdedikasi di Indonesia, Yayasan Sayap Ibu iaitu sebuah organisasi bukan untung yang ditubuhkan untuk membantu golongan belia dan keluarga mereka yang dipinggirkan daripada masyarakat.

Bagi jutaan kanak-kanak di seluruh dunia, zaman kanak-kanak adalah segala-galanya tetapi bagaimanakah ianya akan dicorak. XM bergabung tenaga bersama Yayasan Sayap Ibu dalam usaha untuk berjuang memperbaiki keadaan puluhan ribu kanak-kanak yang sedang membesar di Indonesia dan juga menyumbang kepada kebajikan keluarga mereka.

Bersama-sama dengan penjaga Yayasan Sayap Ibu, XM melaksanakan acara amal pada 4 Disember yang lalu dengan menyumbang pelbagai barangan keperluan untuk membantu meringankan beban. Pada hari tersebut, kami telah menyerahkan pelbagai barangan asas kepada pihak yayasan termasuk bekalan makanan, peralatan pendidikan, sanitasi dan pembersihan serta perabot.

Bagi XM, aspek amal kemanusiaan juga termasuk mengeratkan silaturrahim dengan mereka yang memerlukan, wakil syarikat kami telah meluangkan masa bertemu dengan ramai kanak-kanak yang dijaga oleh Yayasan Sayap Ibu. Ini bukan sahaja pengalaman yang menyentuh hati malah, pada masa yang sama juga memberikan kepastian apa yang kami perjuangkan: melakukan perbezaan untuk kehidupan kanak-kanak, setiap daripada mereka mempunyai hak untuk hidup dalam kehidupan yang lebih baik, pembangunan, perlindungan dan penyertaan yang aktif dalam masyarakat.