XM Perkasa Teknologi di Sekolah Menengah Vietnam

Disiarkan pada 19.03.2024 09:34 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

XM telah mencetuskan revolusi teknologi di kawasan tanah tinggi Vietnam melalui kerjasama projek Nuôi Em pada 20 Disember 2023 yang lalu. Kami berjaya menyumbangkan 15 komputer bagi membantu merapatkan jurang teknologi yang dihadapi oleh pelajar di Son La, Vietnam.

Semasa lawatan kami ke sekolah Chieng Chung, kami juga berbincang bersama pengetua dan guru-guru di sekolah tersebut untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi oleh pelajar tempatan.

Di samping itu, pasukan kami juga secara aktif memperkasakan pelajar dengan mengajar mereka asas komputer dan menawarkan pengalaman praktikal dalam menggunakan peralatan baharu.

Projek Nuôi Em bertujuan untuk memberikan sokongan yang hebat kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, dengan mengenal pasti kanak-kanak di kawasan terpencil di Vietnam dan mewujudkan inisiatif yang bermakna. Inisiatif ini termasuk memberi sumbangan makanan; membina makmal komputer, sekolah, jambatan; projek anak angkat, dan banyak lagi. Misi projek ini adalah untuk meningkatkan kehidupan golongan miskin melalui bantuan yang disasarkan.

Ketahui lebih lanjut tentang projek Nuôi Em.