XM Memperkasakan Anak-Anak Yatim Perempuan Uganda

Disiarkan pada 22.07.2020 07:56 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan Julai 2020, XM telah memperbaharui sokongan dan kerjasama tahunannya bersama Go with the Flow, sebuah kumpulan kebajikan dalam misi bagi menangani masalah sanitasi dan masalah kanak-kanak perempuan yang kurang bernasib baik di Uganda untuk memberikan sinar harapan kepada mereka dalam menjalani kehidupan seperti orang yang normal.

Setiap bulan di Rumah Anak-Anak Yatim Monde di kawasan pedalaman di Uganda, kanak-kanak perempuan terpaksa untuk tidak hadir ke sekolah kerana mereka tidak mempunyai sebarang kelengkapan produk sanitasi. Sebaliknya, mereka menggunakan kain atau daun di mana sangat tidak bersih, tidak selesa dan memalukan sehingga hampir mustahil kepada mereka untuk tidak hadir ke sekolah dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti penting yang lain.

Oleh kerana hubungan baik kami dengan rakan-rakan di Uganda dan komitmen kami untuk menghasilkan peluang sama rata kepada semua orang, kami membantu Go with the Flow memperkasakan lebih daripada 500 kanak-kanak perempuan di Rumah Anak-Anak Yatim Monde dengan menyediakan mereka pakaian dalam yang baru dan produk sanitasi selama setahun supaya mereka dapat meneruskan persekolahan dan aktiviti harian mereka tanpa sebarang gangguan.