Seminar Dagangan Forex XM di China Tidak Lama Lagi

Disiarkan pada 25.05.2017 09:00 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Berikutan siri dagangan forex di Asia Timur tahun ini, XM akan kembali ke China pada pertengahan tahun ini untuk menganjurkan dua seminar di bandar Shijiazhuang pada 15 Julai dan Xi’an pada 22 Julai.

Instruktor forex Gabriel Yeh, yang ditemani oleh kakitangan XM, akan menyambut pelanggan di setiap bandar dengan topik seminar yang merangkumi siri maklumat berguna mengenai asas-asas dagangan forex dan penggunaan alat analisis teknikal.

Sesi pagi dan petang acara memberikan banyak masa kepada para peserta untuk mengasimilasikan maklumat yang disampaikan oleh Gabriel Yeh disebabkan oleh keadaan seminar yang interaktif, dengan contoh-contoh sebenar yang digunakan untuk menyokong penjelasan beliau, seperti kajian kes pelaburan online. Pengalaman dagangan yang akan dikongsikan bertujuan untuk membawa pedagang lebih dekat bagaimana untuk membawa dagangan ke peringkat seterusnya di samping menunjukkan tabiat negatif yang patut dielakkan untuk mengurus risiko dengan betul.

Dari komponen asas dagangan online sehinggalah korelasi yang lebih kompleks berkaitan faktor yang menggerakkan pasaran global, Gabriel Yeh akan memberikan satu set maklumat yang relevan, serta pandangan tentang beberapa alat analisis teknikal seperti penggunaan Fibonacci kepada para hadirin.

Di setiap bandar, acara ini akan diakhiri dengan Cabutan Bertuah XM yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak USD 1500 kepada 11 pemenang bertuah, di mana nama mereka akan dicabut di premis tersebut.

Kami berharap untuk berjumpa dengan pelanggan-pelanggan kami di Shijiazhuang dan Xi’an. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua acara, sila Klik Sini.