XM Mengakhiri Siri Seminar Dagangan Forex di Thailand

Disiarkan pada 25.05.2017 07:17 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Bermula pada 18 Mei tahun ini, siri seminar pembelajaran dagangan forex di Thailand telah sampai ke dua destinasi terakhirnya, Hat Yai pada 6hb Mei dan Nakhon Ratchasima (Khorat) pada 20hb Mei.

Siri seminar percuma di Thailand bermula pada awal tahun ini di lima buah bandar dan berakhir dengan jayanya pada bulan Mei ini, dengan kehadiran ramai pedagang dari serata negeri.

Instruktor forex Sompop Jittrakul menyampaikan pembentangan bertajuk Dagangan Avramis Swing di Hat Yai dan Nakhon Ratchasima kepada pelabur online yang berminat dengan teknik-teknik analisis teknikal. Di setiap lokasi, seminar ini memberikan tumpuan kepada dagangan swing, khususnya strategi berbeza yang digunakan untuk meramal dan menganalisis arah harga, menilai kekuatan trend dan menggunakan saiz posisi yang tepat untuk pengurusan risiko yang betul.

Dari pandangan yang jelas tentang pasaran forex sehingga penggunaan indikator, para hadirin dapat membiasakan diri dengan beberapa teknik yang digunakan dalam dagangan swing forex, yang telah ditunjukkan oleh Sompop Jittrakul menggunakan contoh-contoh yang praktikal.

Kakitangan XM yang berada di setiap lokasi berpeluang sekali lagi untuk bertemu dengan pelanggan-pelanggan dari Thai secara bersemuka, yang menambahkan lagi nilai kepada acara pendidikan ini. Kami sangat gembira kerana dapat bertemu dengan ramai pelanggan baru dan sedia ada di Hat Yai dan Nakhon Ratchasima, dan kami tidak sabar untuk kembali semula ke Thailand di 8 buah bandar tidak lama lagi dengan seminar dagangan forex yang dibentuk untuk pedagang baru dan berpengalaman.

Pendaftaran untuk bandar pertama untuk siri seminar musim panas telah pun dibuka untuk Bangkok yang akan diadakan pada 3hb Jun. Untuk bacaan lanjut dan pendaftaran awal, klik sini.