XM tidak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Amerika Syarikat.
post-image

Memperkasakan Kanak-Kanak Miskin di Kaherah

Disiarkan pada 11.09.2023 09:48 GMT

Kami berbesar hati untuk membantu Haya Karima, sebuah badan kebajikan di Mesir pada bulan Julai lalu. Sumbangan kami bertujuan untuk menyokong misi mereka dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi kepada setiap kanak-kanak di Kaherah, termasuk anak yatim dan kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan rendah. Strategi multidimensi Haya Karima melibatkan pembangunan serta penambahbaikan taska dan sekolah, melengkapkan kanak-kanak dengan sumber yang diperlukan, melantik guru yang berkelayakan dan mewujudkan kelas literasi. Secara tidak langsung, strategi ini menjadikan pendidikan berkualiti tinggi lebih mudah diakses [..]

post-image

Hidangan hangat untuk 40 individu di Singapura

Disiarkan pada 07.09.2023 09:25 GMT

XM telah memberi sumbangan kepada Free Food For All (FFFA) pada 4 Ogos lalu, bagi menyokong program luar biasa yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik di Bedok, Singapura. “Dinner with 40 Individuals” ialah program FFFA yang menghimpunkan 40 individu daripada latar belakang yang kurang bernasib baik untuk menikmati makan malam hangat yang istimewa. Secara tidak langsung, program ini dapat membantu memerangi peminggiran, memupuk hubungan komuniti dan menggalakkan keterangkuman sosial. 40 individu ini dipilih daripada keluarga yang berpendapatan rendah, [..]

post-image

Sumbangan Makanan Kepada Kanak-Kanak Sri Lanka

Disiarkan pada 06.09.2023 09:51 GMT

Kami telah menyumbang kepada ‘Projek Dapur Komuniti’ Yayasan Voice for Voiceless untuk membantu memberikan 1,400 makanan kepada kanak-kanak yang memerlukan di Sri Lanka pada 25 Julai lalu. Yayasan Voice for Voiceless ialah sebuah organisasi hebat yang bertujuan untuk membantu menangani masalah kelaparan kanak-kanak di Sri Lanka. Di samping itu, ia beroperasi di sembilan lokasi berbeza di seluruh negara untuk menyediakan nutrien penting kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesejahteraan mereka secara menyeluruh, tetapi juga [..]

post-image

Meringankan Kehidupan Gelandangan di Malaysia

Disiarkan pada 31.08.2023 08:08 GMT

XM telah bekerjasama dengan Dapur Pasak, sebuah badan amal yang diterajui oleh belia di Malaysia, untuk memberi makanan dan barangan keperluan kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur. Nikmat makanan dan menjaga kebersihan diri adalah perkara yang sering kali dipandang remeh. Namun, tanpa kita sedari, perkara ini merupakan perjuangan berterusan bagi mereka yang terpaksa hidup tanpa perlindungan rumah yang selamat. Sehubungan dengan itu, XM dan Dapur Pasak telah berganding bahu mengagihkan makanan berkhasiat, menyumbang kit kebersihan dan bekalan perubatan kepada golongan [..]

post-image

XM Anjurkan Malam Open Mic ‘Talent for Good’

Disiarkan pada 11.07.2023 11:43 GMT

Acara kami meriah dengan kakitangan XM yang menonjolkan bakat muzik mereka pada malam yang menghiburkan, demi mengumpul dana dan memberi sokongan kepada organisasi El Sistema Greece dan Sistema Cyprus. Pelajar Sistema turut mengambil bahagian dalam persembahan semasa open mic; membuktikan kehebatan muzik dalam menyatukan orang ramai. Organisasi Sistema membantu menyediakan alat muzik dan pendidikan muzik secara percuma kepada golongan kanak-kanak dan remaja, termasuk migran dan pelarian. Pelajar Sistema dan El Sistema mempelajari muzik melalui orkestra dan koir, bermain instrumen sebenar [..]

post-image

XM Beri Sumbangan Kasut Kepada Pelarian

Disiarkan pada 11.07.2023 10:22 GMT

Kami berbesar hati untuk meneruskan penajaan emas kepada Pusat Penerimaan Pertama Pournara untuk tahun kelapan berturut-turut. Tajaan emas kami pada kali ini merangkumi sumbangan kasut kepada golongan yang kurang bernasib baik, seperti wanita, kanak-kanak dan kanak-kanak bawah umur tanpa penjagaan, untuk membantu mereka bangkit semula dan membina kehidupan baharu. Pusat Penerimaan Pertama Pournara ialah kem pelarian yang terbesar di Cyprus. Ia kini menempatkan lebih 4,000 orang dan lebih 1,000 kanak-kanak tanpa penjagaan. Pusat ini menawarkan makanan, tempat tinggal, rawatan perubatan [..]

post-image

Pasukan XM Menyumbang Pakaian Terpakai

Disiarkan pada 16.06.2023 12:50 GMT

Baru-baru ini, pasukan kami di Cyprus dan Greece telah menyumbangkan pakaian mereka yang tidak lagi dipakai untuk membantu meningkatkan kehidupan golongan yang memerlukan. Kami telah mengumpulkan pakaian jenis kanak-kanak dan dewasa untuk memberikan sokongan kepada dua badan amal yang istimewa: PASYKAF dan Theofilos. Pancyprian Association of Cancer Patients and Friends (PASYKAF) menawarkan perkhidmatan sokongan kesihatan dan emosi secara percuma kepada pesakit kanser. Mereka juga memberi tumpuan kepada pencegahan dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang tanda-tanda awal kanser. Melalui sokongan PASYKAF, [..]

post-image

XM Menaja Operasi Menyelamatkan Nyawa Bayi

Disiarkan pada 08.06.2023 08:12 GMT

Kami telah menaja Kha Han, seorang bayi berusia 17 bulan daripada isi rumah berpendapatan rendah di Vietnam, bagi menjalani pembedahan jantung pada bulan April lalu. Bayi itu telah didiagnosis dengan penyakit tetralogi Fallot yang boleh membawa maut. Dengan kerjasama Heartbeat Vietnam, kami berjaya memberikan harapan dan peluang kedua kehidupan kepada Kha Han. Tetralogi Fallot terdiri daripada empat kecacatan jantung kongenital yang menjejaskan aliran darah normal dan mengakibatkan kekurangan oksigen. Diagnosis yang mengancam nyawa bayi itu telah mengundang rasa pilu ibu [..]

post-image

60 Keluarga Diceriakan Dengan Pakej Ria Ramadan

Disiarkan pada 02.06.2023 08:04 GMT

XM telah bekerjasama dengan BAZNAS Indonesia pada 22 April 2023 lalu untuk memberi sumbangan ‘Ria Ramadan’ kepada 60 keluarga yang memerlukan. Pakej ini mengandungi barangan keperluan seperti beras, minyak masak dan gula, bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga yang kurang bernasib baik semasa bulan Ramadan. Sebagai organisasi rasmi kerajaan, BAZNAS memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan taraf hidup komuniti dan membantu golongan yang memerlukan. Kami, pihak XM, yakin bahawa kerjasama dan belas kasihan mampu mendorong perubahan yang positif dalam komuniti [..]

post-image

XM Beri Sumbangan Kepada Sulabha Trust, India

Disiarkan pada 25.05.2023 06:45 GMT

Kami telah memberi sumbangan kepada Sulabha Trust untuk Pendidikan & Penyelidikan Khas di India pada bulan Mac lalu. Sulabha Trust ialah sebuah organisasi luar biasa yang membantu keluarga dan kanak-kanak yang berkeperluan khas. Sejak organisasi ini ditubuhkan pada tahun 1979, ia telah berkembang maju dan memberi sokongan kepada lebih 180 pelajar setiap tahun. Mereka berusaha tanpa mengenal erti penat lelah untuk menghulurkan bantuan dan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka kini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pendidikan, latihan vokasional, terapi pertuturan [..]

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.