XM tidak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Amerika Syarikat.
post-image

XM & We Listen Malaysia Bantu Mangsa Banjir

Disiarkan pada 19.05.2023 11:10 GMT

XM telah memberi sumbangan kepada program Pasca Banjir Johor anjuran We Listen Malaysia pada 23 April 2022 lalu, untuk membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Sumbangan kami telah membantu seramai 65 mangsa banjir, dengan sokongan keperluan asas seperti beras, telur, minyak masak, tepung, lampin, teh dan kopi. We Listen Malaysia ialah sebuah organisasi bukan kerajaan, dan mereka berkongsi nilai dan visi yang sama seperti XM untuk menjadikan dunia sebagai sebuah tempat yang lebih baik. [..]

post-image

XM & WWF Bekerjasama di Hari Bumi Antarabangsa

Disiarkan pada 18.05.2023 07:15 GMT

Lebih daripada satu billion manusia di seluruh dunia memperingati Hari Bumi Antarabangsa yang jatuh pada 22 April setiap tahun, hari yang diwujudkan khas untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu alam sekitar seperti pencemaran dan penebangan hutan. Ramai individu telah memainkan peranan mereka dengan mengambil bahagian dalam aktiviti seperti mengutip sampah dan menanam pokok untuk membentuk persekitaran dunia yang lebih baik dan sihat. Sehubungan dengan itu, kami telah memberikan sumbangan tahunan kami kepada Tabung Alam Sedunia (WWF) pada 22 April [..]

post-image

XM Sokong Organisasi SPRW Pakistan

Disiarkan pada 15.05.2023 12:24 GMT

XM telah memberi sokongan kepada Organisasi Kebajikan Hak Awam Sahara (SPRW) pada bulan Ramadan. Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial XM, kami telah memberi sumbangan barangan runcit dan dana kepada pesakit di pusat SPRW untuk memenuhi keperluan asas dan perubatan mereka. Penubuhan Organisasi Kebajikan Hak Awam Sahara pada tahun 1988 telah membantu ramai pesakit, warga emas dan kanak-kanak dengan kecacatan fizikal atau mental, selama lebih 30 tahun. Organisasi itu bermula dari kecil dan berkembang menjadi sebuah organisasi besar, yang sering [..]

post-image

XM Beli-Belah Bersama Anak Yatim Indonesia

Disiarkan pada 02.05.2023 08:33 GMT

Kami telah bekerjasama dengan Human Initiative Indonesia pada 11 Mac lalu, untuk menganjurkan program ‘Membeli-Belah Bersama Anak-Anak Yatim’ di Transmart Cempaka Putih, Jakarta Pusat. Matlamat kami adalah untuk mengurangkan beban kewangan kanak-kanak tanpa ibu bapa yang tinggal di kawasan berkenaan. Sehubungan dengan itu, kami telah memberikan baucar beli-belah kepada 30 anak yatim dari 4 sekolah bantuan Human Initiative: SDIT Al Amanah (10 pelajar), SDIT Al Mubarok (5 pelajar), SDIT Perjuanganku (5 pelajar) dan SDIT Tunas Muda (10 pelajar). Mereka diberi [..]

post-image

XM Sokong Kanak-Kanak Malaysia Terjejas Banjir

Disiarkan pada 10.04.2023 10:57 GMT

Kami telah bekerjasama dengan MyCARE Malaysia untuk memberi sumbangan barangan persekolahan kepada kanak-kanak yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini. Banjir itu telah memusnahkan beribu-ribu rumah dan menyebabkan ramai keluarga bergelut untuk menampung kehidupan pasca banjir. Bagi sesetengah keluarga yang kurang bernasib baik dengan sumber yang terhad, barangan persekolahan anak-anak bukan menjadi keutamaan mereka. Sehubungan dengan itu, kami telah memanfaatkan program Kembali Ke Sekolah dengan mengagihkan barangan persekolahan seperti beg galas, pakaian, kasut, alat tulis dan [..]

post-image

XM Sokong Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Disiarkan pada 10.04.2023 09:31 GMT

Kami telah menerangi pejabat XM di Limassol dengan cahaya biru pada 2 April 2023, sebagai tanda sokongan kami terhadap kempen global untuk meningkatkan kesedaran autisme kepada orang ramai. Di samping pemberian sumbangan kepada Persatuan Autistik Cyprus, ramai daripada ahli pasukan kami turut memberi sokongan dengan memakai pakaian berwarna biru pada hari tersebut. Kami telah menyokong Hari Kesedaran Autisme Sedunia selama dua tahun berturut-turut. Kempen kemanusiaan ini diterajui oleh organisasi Autism Speaks, yang bertujuan untuk memupuk pemahaman dan penerimaan khalayak umum [..]

post-image

XM Agih Sumbangan Bulan Ramadan

Disiarkan pada 07.04.2023 07:51 GMT

Kami komited untuk menggalakkan kepentingan tanggungjawab sosial kepada orang ramai dengan menyokong pelbagai organisasi yang membantu memberikan impak positif kepada keadaan dunia. Pada bulan Ramadan tahun ini, kami telah memberikan sumbangan kepada tiga organisasi di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara. Haya Karima atau “Kehidupan Baik” bertujuan untuk meringankan beban rakyat miskin di Mesir melalui pembangunan dan aktiviti kemanusiaan. Ketahui lebih lanjut dan salurkan sumbangan anda di sini. Organisasi Kemanusiaan Shareteah komited untuk membantu kanak-kanak gelandangan kembali ke sekolah dan [..]

post-image

Sumbangan Khas Untuk Warga Emas Singapura

Disiarkan pada 23.03.2023 09:19 GMT

Kami bekerjasama dengan Palang Merah Singapura sekali lagi, untuk membantu warga emas yang kurang bernasib baik dan tinggal bersendirian di Tampines. Bersama-sama, kami menyumbangkan pek barangan keperluan dan manisan untuk menceriakan hari mereka. Di Singapura, terdapat lebih daripada 88,000 warga emas yang tinggal bersendirian tanpa penjaga untuk memantau kehidupan mereka. Oleh sebab itu, mereka menghadapi pelbagai kesukaran untuk menjalani kehidupan seharian, seperti menguruskan kesihatan diri, mendapatkan makanan segar dan menjalankan tugasan harian. Sehubungan dengan itu, kami telah memberi sumbangan kepada [..]

post-image

XM Memberi Hadiah Alat Bantu Muzik

Disiarkan pada 14.02.2023 09:23 GMT

Kami terus memberi sokongan kepada Sistema Cyprus, sebuah okestra sosial dan koir untuk golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sebagai sumbangan pertama kami pada tahun 2023, kami telah mengejutkan ramai pemuzik muda dengan hadiah berharga untuk menyokong perkembangan dan perjalanan muzik mereka. Kami telah menghadiahi mereka dengan dirian muzik dan sastera muzik semasa mereka sedang menikmati Vasilopita, kek Tahun Baru, bersama guru mereka. Di samping itu, untuk menggalakkan pemeliharaan semula jadi, setiap kanak-kanak turut menerima botol air yang boleh diguna [..]

post-image

XM Sumbang Kepada Mangsa Gempa Bumi Turki-Syria

Disiarkan pada 13.02.2023 12:36 GMT

Gempa bumi yang dahsyat telah melanda negara Turki dan Syria, dan memberi kesan kepada ramai mangsa yang terselamat. Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa bergelut dalam keadaan cuaca buruk, tanpa sebarang makanan atau tempat tinggal. Oleh itu, kami telah menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) untuk membantu kanak-kanak yang terjejas dan merupakan mangsa gempa yang paling terdedah. UNICEF berusaha untuk menyediakan keperluan penting, di samping membantu operasi mencari dan menyelamat. Ramai kanak-kanak yang terlibat memerlukan tempat perlindungan, [..]

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.