XM Menyumbang kepada Maison Chance Foundation bagi Kebajikan Kanak-Kanak

Disiarkan pada 03.07.2020 09:41 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 24 Jun, XM telah menyempurnakan satu lagi inisiatif amal dengan memberi sumbangan kepada Yayasan Maison Chance Vietnam.

Sejak awal, tindakan tanggungjawab sosial korporat syarikat kami telah disifatkan memberi banyak kepentingan kepada bantuan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dalam kesihatan, pendidikan dan masa depan yang menjadi pertaruhan. Dan ini adalah apa yang kami perhatikan dalam bergabung tenaga bersama organisasi bukan kerajaan Maison Chance yang berpusat di Bandar Raya Ho Chi Minh, dengan misi untuk memastikan tempat perlindungan yang selamat dan keperluan untuk kanak-kanak cacat fizikal bagi menjalani kehidupan mereka sebaiknya.

Oleh kerana yayasan ini memberikan perlindungan kepada kanak-kanak terbiar, anak-anak yatim dan remaja yang kurang upaya serta memastikan keselesaan tempat tinggal untuk mereka berlatih dan mempelajari cara untuk berinteraksi dalam masyarakat, pendidkan jasmani memainkan peranan yang sangat penting. Untuk menyumbang kepada hasrat yang murni ini, XM telah menyumbangkan satu siri peralatan sukan kepada Maison Chance untuk digunakan oleh yayasan kanak-kanak bagi latihan renang yang mereka gunakan untuk membina kekuatan, kemahiran motor dan stamina yang sangat penting kepada mereka.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Maison Chance atas layanan mereka, memperlihatkan kakitangan syarikat kami di sekitar premis mereka dan detik-detik indah di mana kami berpeluang untuk berkongsi dengan kanak-kanak dan remaja yang bertujuan untuk berubah kepada lebih baik dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.